Pemuda PAS mohon titah Agong tangani isu Islam

Pemuda PAS mohon titah Agong tangani isu Islam - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pemuda PAS mohon titah Agong tangani isu Islam, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pemuda PAS mohon titah Agong tangani isu Islam
link : Pemuda PAS mohon titah Agong tangani isu Islam

Baca juga


Pemuda PAS mohon titah Agong tangani isu Islam

MALAYSIAKINI



Pemuda PAS hari ini memohon supaya titah nasihat Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu diambil kira bagi mengelakkan campur tangan dan pertikaian oleh pihak-pihak tertentu terhadap pengamalan, ajaran dan nilai Islam di negara ini.

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin berkata, tindakan itu penting agar pihak tertentu  tidak sewenang-wenangnya melakukan campur tangan yang biadab sehingga menyinggung perasaan umat Islam.

“Malah titah nasihat itu perlu untuk menyedarkan kembali pihak-pihak berkenaan agar tidak melangkaui batasan dan melampau serta celupar terhadap hak pihak lain.

“Lebih-lebih lagi berkait kepercayaan agama, sensitiviti perkauman dan pegangan adat serta keharmonian budaya yang pelbagai dalam negara berdaulat ini,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di Harakahdaily, hari ini.

Menurut Khairil Nizam, jika campur tangan itu dibiarkan berterusan, ini akan mengundang tindakan mengambil kesempatan secara cabul dan angkuh yang membibitkan pula rasa kurang senang dan kemungkinan tindak balas radikal.

“Lalu terdapat pihak menjadi lebih ekstrem hingga menganjurkan pesta arak dengan mengaitkan Islam sebagai kongkongan.

“Malangnya, kebebasan itu digunakan untuk menyindir dan memperlekehkan Islam.

“Begitu juga tindakan pihak tertentu menyangkal permintaan untuk Malaysia Airline System (MAS) tidak menghidang arak dalam pesawat. Tidak pula ia diselaraskan dengan polisi pengambilan alkohol pada situasi yang lain,” katanya.

Khairil Nizam juga merujuk kepada premis dobi “untuk Muslim sahaja” bulan lalu sehingga yang terbaru, katanya, susulan kenyataan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) yang mempertahankan tindakan operator hotel yang melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung.

“Sedangkan sebelum ini kebebasan diberi Kementerian Pengangkutan untuk pemakaian tudung bagi pramugari.

“Bermakna ia boleh dilaksanakan secara jayanya. Tetapi sering dicampakkan halangan secara adu domba terutama golongan pejuang liberal yang sebenarnya bertujuan serong terhadap Islam,” katanya.

Sehubungan itu, menurutnya, Pemuda PAS berharap Seri Paduka dan Raja-raja Melayu dapat menitahkan nasihat serta ketegasan terhadap isu seumpama itu agar mendapat perhatian kerajaan untuk dilaksanakan tindakan sewajarnya.

“Seterusnya membentuk keakuran pihak berkaitan agar menghayati teras-teras utama negara, tanpa perlu mencalarkannya.

“Kerana, Islam adalah tonggak tertinggi negara sebagai agama persekutuan yang dinaungi Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu selaku ketua agama bagi Malaysia dan semua negeri.

“Sekali gus menjurus kepada usaha mengawal sikap yang boleh menggugat dan menjejaskan ketenteraman juga perpaduan rakyat dalam negara,” katanya.



Thus Article Pemuda PAS mohon titah Agong tangani isu Islam

Itulah artikel Pemuda PAS mohon titah Agong tangani isu Islam Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pemuda PAS mohon titah Agong tangani isu Islam dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/11/pemuda-pas-mohon-titah-agong-tangani.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pemuda PAS mohon titah Agong tangani isu Islam"

Post a Comment