PERKASA kaji transkrip inkuiri Suhakam kaitkannya dengan kes Paderi Koh

PERKASA kaji transkrip inkuiri Suhakam kaitkannya dengan kes Paderi Koh - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PERKASA kaji transkrip inkuiri Suhakam kaitkannya dengan kes Paderi Koh, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PERKASA kaji transkrip inkuiri Suhakam kaitkannya dengan kes Paderi Koh
link : PERKASA kaji transkrip inkuiri Suhakam kaitkannya dengan kes Paderi Koh

Baca juga


PERKASA kaji transkrip inkuiri Suhakam kaitkannya dengan kes Paderi Koh

MALAYSIAKINI
 


PERKASA akan mengkaji transkrip prosiding inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) selepas pertubuhan pendesak hak Melayu itu dikaitkan dengan kes penculikan Paderi Raymond Koh.

Naib Presiden PERKASA Datuk Ruhanie Ahmad berkata beliau kesal dengan kenyataan pegawai penyiasat kes Supari Muhammad dalam inkuiri Suhakam itu yang mana beliau bersetuju bahawa pertubuhan itu relevan dalam kes ini.

Soalan itu ditanyakan Jerald Gomez, peguam yang mewakili keluarga Koh kepada Supari yang memaklumkan PERKASA melindungi pendakwah kontroversi India Zakir Naik.

"Kenyataan ASP Supari ini menimbulkan implikasi yang serius kepada PERKASA yang matlamat utama penubuhannya adalah untuk mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan, dalam konteks pemeliharaan keselamatan nasional.

"PERKASA akan mendapatkan transkrip penuh kenyataan ASP Supari daripada Suhakam. Kemudiannya, PERKASA akan menyerahkan manuskrip kenyataan ini untuk dikaji oleh pihak peguam," kata beliau.

Tafsiran 'ekstremisme'

PERKASA juga ingin mentafsirkan maksud 'ekstremisme'.

Katanya berjuang untuk mempertahankan keluhuran perlembagaan bukan kes 'ekstremisme'.

"PERKASA, dengan ini, menasihati pelbagai pihak di Malaysia, agar semua kenyataan atau persepsi mengenai ekstremisme, radikalisme dan terorisme hendaklah dibuat berdasarkan kajian ilmiah dan empirikal yang komprehensif," kata beliau lagi dalam kenyataan media hari ini.

Sekumpulan individu bertopeng dan bersenjata menculik Koh di Petaling Jaya pada Februari lalu.




Thus Article PERKASA kaji transkrip inkuiri Suhakam kaitkannya dengan kes Paderi Koh

Itulah artikel PERKASA kaji transkrip inkuiri Suhakam kaitkannya dengan kes Paderi Koh Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PERKASA kaji transkrip inkuiri Suhakam kaitkannya dengan kes Paderi Koh dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/11/perkasa-kaji-transkrip-inkuiri-suhakam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PERKASA kaji transkrip inkuiri Suhakam kaitkannya dengan kes Paderi Koh"

Post a Comment