Tajuk : 12 daerah di Kota Belud dinaiki air lagi
link : 12 daerah di Kota Belud dinaiki air lagi
12 daerah di Kota Belud dinaiki air lagi
ANTARAPOSKOTA BELUD: Daerah ini sekali lagi dilanda banjir apabila jalan-jalan utamanya mula dinaiki air berikutan hujan lebat yang melanda, sekali gus menjejaskan penduduk di 12 buah kampung.
Menurut kenyataan Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM), Sungai Abai dan Tempasuk masing-masing mencatatkan paras bahaya dan amaran iaitu 5.54 meter dan 4.96 meter pada pukul 8.30 pagi ini.
Kawasan yang terjejas ialah Kampung Donggoi, Marajah, Gunding, Sadok-Sadok, Lingkodon, Linau. Lebak Moyoh, Bobot, Ejuk, Menunggui, Song-Song dan Karang Benai.
“Jalan raya di Kampung Linai dan Menunggui tidak boleh dilalui oleh kenderaan rendah manakala laluan di Kampung Bobot hanya dibuka satu lorong sahaja.
“Sementara itu, semua jenis kenderaan masih boleh melalui di Jalan Siasai Tamu, Kampung Kota Belud dan Lebak Engad,” kata APM dipetik BH Online.
Katanya, APM juga telah menghantar pasukan gerakan penyelamat bagi melakukan pemantauan di lokasi berisiko banjir.
Thus Article 12 daerah di Kota Belud dinaiki air lagi
Itulah artikel 12 daerah di Kota Belud dinaiki air lagi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel 12 daerah di Kota Belud dinaiki air lagi dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/12/12-daerah-di-kota-belud-dinaiki-air-lagi.html
0 Response to "12 daerah di Kota Belud dinaiki air lagi"
Post a Comment