Datuk Bandar Pulau Pinang dilantik ketuai UN-Habitat PBB

Datuk Bandar Pulau Pinang dilantik ketuai UN-Habitat PBB - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Datuk Bandar Pulau Pinang dilantik ketuai UN-Habitat PBB, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Datuk Bandar Pulau Pinang dilantik ketuai UN-Habitat PBB
link : Datuk Bandar Pulau Pinang dilantik ketuai UN-Habitat PBB

Baca juga


Datuk Bandar Pulau Pinang dilantik ketuai UN-Habitat PBB

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
GEORGE TOWN: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Datuk Maimunah Mohd Sharif yang dilantik sebagai Pengarah Eksekutif di UN-Habitat mulai 1 Januari ini, berikrar untuk memberikan perkhidmatan terbaik di persada antarabangsa.
 
Beliau yang teruja dan gembira diberikan penghargaan untuk menjawat jawatan itu berkata akan melepaskan jawatannya sebagai datuk bandar MBPP setelah selesai mengangkat sumpah bagi jawatan itu di New York nanti.
 
Ketika dihubungi Bernama, wanita yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu berkata, memang menjadi cita-cita dan impiannya untuk berkhidmat sehingga ke peringkat antarabangsa.
 
"Syukur impian untuk berkhidmat sehingga ke peringkat antarabangsa tercapai. Saya harap saya boleh memberikan khidmat terbaik ketika bertugas di sana dalam aspek perbandaran.
 
“Saya akan mempraktikkan pengalaman sedia ada. Menjadi hasrat saya untuk melaksanakan matlamat oleh UN-Habitat iaitu 'matlamat pembangunan lestari' dan 'agenda perbandaran baru 2030' dapat dilaksanakan di peringkat kerajaan tempatan," katanya yang bakal bertugas di Nairobi, Kenya.
 
Pelantikan Maimunah dibuat oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres yang mendapat sokongan sebulat suara dalam perhimpunan agung pertubuhan itu pada 4 pagi, Sabtu.
 
Ia menjadikan Maimunah, 56, sebagai wanita pertama di Asia yang menjawat jawatan tersebut. Beliau akan menggantikan penyandang pengarah Eksekutif UN-Habitat yang juga bekas Datuk Bandar Barcelona, Joan Clos yang tamat kontrak secara rasmi pada 31 Disember ini.
 
UN-Habitat ialah agensi PBB yang bertanggungjawab menambah baik kehidupan di bandar yang pesat membangun.
 
Maimunah berkata, pada masa ini beliau belum menerima tarikh rasmi bagi upacara angkat sumpah dan masih menjalankan tugas sebagai datuk bandar MBPP sehingga tarikh angkat sumpah diketahui.
 
Sementara itu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam satu pengumuman berhubung pelantikan Maimunah dalam sidang akhbar di pejabatnya semalam menyifatkan pelantikan datuk bandar MBPP itu sebagai sesuatu yang menjadi kebanggaan rakyat Pulau Pinang dan juga Malaysia sekaligus mengharumkan nama Malaysia.
 
 


Thus Article Datuk Bandar Pulau Pinang dilantik ketuai UN-Habitat PBB

Itulah artikel Datuk Bandar Pulau Pinang dilantik ketuai UN-Habitat PBB Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Datuk Bandar Pulau Pinang dilantik ketuai UN-Habitat PBB dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/12/datuk-bandar-pulau-pinang-dilantik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Datuk Bandar Pulau Pinang dilantik ketuai UN-Habitat PBB"

Post a Comment