Tajuk : Aku ingatkan Nik Amar jer mengigau, Idris pun sama rupanya!
link : Aku ingatkan Nik Amar jer mengigau, Idris pun sama rupanya!
Aku ingatkan Nik Amar jer mengigau, Idris pun sama rupanya!
Kami boleh menang, dan Hadi boleh jadi PM, kata PAS
PAS berkata keajaiban politik boleh berlaku, dan ia sudah tahu calon PM.
PETALING JAYA: PAS berkata ia bukan sahaja ada harapan untuk mengetuai kerajaan selepas pilihan raya akan datang, tetapi juga sudah ada calon perdana menteri.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menjadi perdana menteri jika ia menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Presiden kita ada satu. Tentulah presiden kita,” katanya dihubungi FMT hari ini.
Semalam, Sinar Harian memetik Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebagai melahirkan keyakinan “keajaiban politik” boleh berlaku pada pilihan raya akan datang, walaupun parti itu disebut-sebuh akan menghadapi kekalahan teruk kerana enggan turut sama dalam Pakatan Harapan.
Menurut Amar, “sekiranya dikehendaki Allah”, pimpinan PAS mampu diangkat sebagai perdana menteri dengan kaedah yang tidak dijangka oleh fikiran manusia.
Bagaimanapun, Idris yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang berkata parti itu tidak pernah membincangkan siapakah calon perdana menteri sekiranya mereka memenangi pilihan raya.
“Kita lawan (dalam PRU14) dulu, apa sibuk sangat,” katanya.
Thus Article Aku ingatkan Nik Amar jer mengigau, Idris pun sama rupanya!
Itulah artikel Aku ingatkan Nik Amar jer mengigau, Idris pun sama rupanya! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Aku ingatkan Nik Amar jer mengigau, Idris pun sama rupanya! dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/12/aku-ingatkan-nik-amar-jer-mengigau.html
0 Response to "Aku ingatkan Nik Amar jer mengigau, Idris pun sama rupanya!"
Post a Comment