TAKSUB KEPADA PEMIMPIN BOLEH MENJADI PUNCA PENYELEWENGAN

TAKSUB KEPADA PEMIMPIN BOLEH MENJADI PUNCA PENYELEWENGAN - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk TAKSUB KEPADA PEMIMPIN BOLEH MENJADI PUNCA PENYELEWENGAN, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : TAKSUB KEPADA PEMIMPIN BOLEH MENJADI PUNCA PENYELEWENGAN
link : TAKSUB KEPADA PEMIMPIN BOLEH MENJADI PUNCA PENYELEWENGAN

Baca juga


TAKSUB KEPADA PEMIMPIN BOLEH MENJADI PUNCA PENYELEWENGAN

 TAKSUB KEPADA PEMIMPIN BOLEH MENJADI PUNCA 
PENYELEWENGAN

 Agak menarik membaca kenyataan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad bahawa presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menjadi perdana menteri jika ia menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Bagaimana Hj Hadi boleh jadi Perdana Menteri sedangkan Pas mahu menang 40 kerusi parlimen sahaja daripada 222 kerusi?

 Jawapannya adalah sebagaimana yang Mohd Amar nyatakan sebelum ini bahawa “Keajaiban politik” boleh berlaku pada pilihan raya akan datang, walaupun parti itu disebut-sebuh akan menghadapi kekalahan teruk kerana enggan turut sama dalam Pakatan Harapan.

 Menurut Amar, “sekiranya dikehendaki Allah”, pimpinan PAS mampu diangkat sebagai perdana menteri dengan kaedah yang tidak dijangka oleh fikiran manusia.

Inilah pemikiran mudah yang cuba didokrinasikan kepada penyokong-penyokong Pas dengan ungkapan mudah "sekiranya dikehendaki Allah"

Hakikatnya, Allah melakukan apa saja yang dikehendaki-Nya. Dia tidaklah mewujudkan sesuatu kecuali sebelumnya telah menghendaki-Nya.

Allah swt. menghendaki manusia itu sebagai makhluk yang dapat mempergunakan akal dan pikirannya, dapat maju dan berkembang dari zaman ke zaman.

Oleh karena itu seharusnyalah kita bersunggoh-sunggoh dalam merencanakan setiap gerakerja dan bukan sekadar berserah sahaja dengan ungkapan mudah "sekiranya dikehendaki Allah"

Saya tidak nampak bagaimana Hj Hadi boleh jadi Perdana Menteri Malaysia melalui 'keajaiban politik' sebagaimana yang disebut Mohd Amar.

Apakah kerana mereka menganggap Hj Hadi adalah seorang manusia yang sangat mulia di sisi Allah atau bertaraf wali Allah? Walhal Hj Hadi bersubahat membantu dan bekerjasama dengan Najib, seorang yang dikenali sebagai kleptokrasi dunia yang paling besar!

Saya tak mahu nak tuduh bahawa pemikiran Pas sekarang ini saling tak tumpah macam kisah al-Arqam dulu. Pengikut Asaari dulu menganggap Assari sebagai manusia yang sangat mulia dan bertaraf wali Allah.

Elok juga kita berkongsi cerita bagaimana Pemimpin Arqam, Arwah  Asaari Mohamad dulu juga pernah ghairah mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Asaari begitu yakin Daulah Islamiah akan berlaku melalui pergerakan al-Arqam dan dia sendiri akan menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Bila ditanya bagaimana dia boleh jadi Perdana Menteri, dia pun jawab "Daulah akan berlaku secara khawariqul 'adah,''

Ashaari berjaya menyakinkan para pengikutnya bahawa daulah dah dekat apabila mendapat kerjasama daripada beberapa orang politik dalam UMNO sedang berusaha untuk jatuhkan Dr. Mahathir dan akan menaikkannya sebagai Perdana Menteri.

Asaari yakinkan pengikutnya tentang Jadual Allah, kebangkitan Islam dari Timur dan kejatuhan Dr. Mahathir, Anwar Ibrahim serta kebangkitan rakyat dala masa yang terdekat.

 Para pengikutnya menganggap Asaari sangat mulia dan didakwa bertaraf wali Allah. Malah Asaari telah membuat pengakuan bahawa beliaulah Pemuda Bani Tamin.

Semua ahli al-Arqam mempercayai kata-kata Ustaz Asaari tanpa sebarang keraguan kerana Ustaz Asaari mendakwa dia masih mendapat mesej-mesej daripada 'Rasulullah'.Mereka yakin Abuya adalah pemimpin yang dijanjikan. Apa yang berlaku di seluruh dunia adalah Jadual Allah..."

Demikian pendedahan Zabidi Mohamed yang merupakan bekas Penasihat Undang-Undang al-Arqam, melalui tulisan dalam bukunya bertajuk 'Tersungkur Di Pintu Syurga', mengisahkan tentang

Apa yang telah berlaku kepada al-Arqam patut diambil dan dijadikan iktibar. Janganlah terlalu taksub kepada pemimpin kamu seperti mana  pengikut al-Arqam telah melakukannya sehingga mereka buta mata, huta hati dan menafikan keilmuan orang lain.

Tagline Zabidi yang penting untuk kita semua jadikan ingatan dan panduan ialah :
"Taksub kepada pemimpin menjadi punca penyelewengan Asaari hingga ia tidak disedari oleh para pengikut."


Thus Article TAKSUB KEPADA PEMIMPIN BOLEH MENJADI PUNCA PENYELEWENGAN

Itulah artikel TAKSUB KEPADA PEMIMPIN BOLEH MENJADI PUNCA PENYELEWENGAN Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel TAKSUB KEPADA PEMIMPIN BOLEH MENJADI PUNCA PENYELEWENGAN dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/12/taksub-kepada-pemimpin-boleh-menjadi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "TAKSUB KEPADA PEMIMPIN BOLEH MENJADI PUNCA PENYELEWENGAN"

Post a Comment