Umno mencuri kerana Tuhan? – Tun M.

Umno mencuri kerana Tuhan? – Tun M. - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Umno mencuri kerana Tuhan? – Tun M., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Umno mencuri kerana Tuhan? – Tun M.
link : Umno mencuri kerana Tuhan? – Tun M.

Baca juga


Umno mencuri kerana Tuhan? – Tun M.



KEADILAN DAILY

Inilah didikan Umno...(gambar hiasan)Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyindir Umno yang mula menyuntik semangat keagamaan di kalangan penyokongnya.

Beliau merujuk video ceramah ketua penerangan parti itu, Tan Sr Annuar Musa di Kelantan yang diakhiri dengan laungan lillahi taala (kerana Allah Taala).

“Kata Annuar Musa – Umno lillahi taala atau Umno ‘kerana Allah’.

“Saya nak tanya apakah Umno mencuri kerana Allah, Umno menipu kerana Allah, Umno makan suap dan Umno sogok duit kerana Allah,” kata Dr Mahathir menerusi akaun Facebook beliau.

Katanya, Umno sebaiknya menjunjung Al-Quran bagi mewajarkan segala penyelewengan mereka sebelum ini, jika mereka mahu memperalatkan agama untuk politik.

“Apakah Umno pindah pengundi, tukar tempat mengundi, tukar sempadan untuk mencuri pengundi Melayu, Umno seleweng undi pos kerana Allah.

“Annuar sepatutnya junjung Quran dan lafaz bahawa semua yang dunia tahu dilakukan oleh Umno adalah kerana Allah,” tulisnya.

Dr Mahathir turut berkongsi rakaman video yang menunjukkan Annuar sedang berucap kepada sekumpulan penyokong dalam loghat Kelantan, di akaun Facebook.

Annuar antaranya mengajak orang ramai melaungkan “lillahi taala” selepas beliau melaungkan Umno.



Thus Article Umno mencuri kerana Tuhan? – Tun M.

Itulah artikel Umno mencuri kerana Tuhan? – Tun M. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Umno mencuri kerana Tuhan? – Tun M. dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/12/umno-mencuri-kerana-tuhan-tun-m.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Umno mencuri kerana Tuhan? – Tun M."

Post a Comment