Abang ‘Datuk Kabi’ didakwa tipu urusan jual kereta mewah

Abang ‘Datuk Kabi’ didakwa tipu urusan jual kereta mewah - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Abang ‘Datuk Kabi’ didakwa tipu urusan jual kereta mewah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Abang ‘Datuk Kabi’ didakwa tipu urusan jual kereta mewah
link : Abang ‘Datuk Kabi’ didakwa tipu urusan jual kereta mewah

Baca juga


Abang ‘Datuk Kabi’ didakwa tipu urusan jual kereta mewah

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Abang kepada seorang ahli perniagaan yang menggelarkan dirinya ‘Datuk Kabi’ mengaku tidak bersalah di tiga Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menipu berhubung urusan penjualan kereta mewah termasuk menyelesaikan hutang pinjaman kenderaan, dua tahun lepas.

Di hadapan Hakim Hasbullah Adam, tertuduh, Datuk C. Anand Raja, 44, didakwa menipu Khoo Jia Rui, 20, dengan memperdayakannya untuk menjual kereta Mercedez Benz E300 Bluetec Hybrid pada harga RM232,000 dan juga menipu Kelvin Tan Voon Toong, 42, dengan memperdayakannya untuk menjual kereta Audi A5 pada harga RM160,000

Perbuatan tertuduh itu telah mendorong kedua-dua mangsa untuk menyerahkan kereta tersebut yang mana mereka tidak akan menyerahkannya sekiranya tidak diperdayakan.

Anand Raja, yang juga bekas ahli perniagaan, kini menjalani hukuman penjara tiga tahun di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan menipu.

Di hadapan Hakim Datuk Habibah Mohamed Yusof, tertuduh didakwa telah menipu dengan memperdayakan Mohd Yusof Abdul Manan, 60, untuk mempercayai dia boleh menyelesaikan hutang pinjaman kenderaan sehingga mendorong mangsa memasukkan RM7,630 ke dalam akaun Public Bank milik A. Premalatha.

Di hadapan Hakim Syed Faisal Syed Amir, Anand Raja turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan telah menipu dengan memperdayakan Mohd Yusof Abdul Manan untuk menjual kereta Honda Accord 2.0 VTI- L (A) pada harga RM104,000 kepada tertuduh sehingga mangsa menyerahkan kereta tersebut kepadanya,

Dia dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di sebuah premis di Laman Damai Sari, Off Mont Kiara, Bukit Segambut, Sentul, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa melakukan keempat-empat kesalahan itu pada 3 petang 9 Ogos 2016, 10.40 pagi 10 Ogos 2016 dan pada 23 Mac 2017 serta 31 Mei 2017.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norazlin Mohamad Yusoff menawarkan jaminan RM46,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan, bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Thiru Kumar memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya penanggung tunggal keluarga dan mengalami masalah kewangan.

“Isteri kepada anak guam saya tidak bekerja dan salah seorang anak tertuduh terpaksa berhenti sekolah kerana tidak mampu membayar yuran persekolahan,” katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin berjumlah RM46,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 5 Feb ini untuk sebutan semula kes.

Pada Ogos tahun lepas, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun, dua sebatan serta denda RM10,000 terhadap ‘Datuk Kabi’ atau C. Kamaleshwaran, 39, kerana menipu Noor Azman Saat, 51, dalam urusan jual beli kereta Mercedes Benz E200K pada tahun 2014.– Bernama



Thus Article Abang ‘Datuk Kabi’ didakwa tipu urusan jual kereta mewah

Itulah artikel Abang ‘Datuk Kabi’ didakwa tipu urusan jual kereta mewah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Abang ‘Datuk Kabi’ didakwa tipu urusan jual kereta mewah dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/abang-datuk-kabi-didakwa-tipu-urusan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Abang ‘Datuk Kabi’ didakwa tipu urusan jual kereta mewah"

Post a Comment