Tajuk : Amri hilang babitkan Asri?
link : Amri hilang babitkan Asri?
Amri hilang babitkan Asri?
Benarkah mufti tak puas hati pada Perlis Hope?
mk - 22 Jan 2018, 7:17 pm
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin beliau akan memberi penjelasan lebih mendalam berhubung pertubuhan Perlis Hope selepas namanya dikaitkan dalam inkuiri awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini.
Kata Mohd Asri, pertubuhan itu mungkin berpendapat beliau memang "tidak berpuas hati" dengan mereka sejak awal lagi.
Menurutnya aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu mungkin menyebabkan Majlis Agama Islam Perlis tidak melaksanakan tugas yang sepatutnya.
"Benarkah begitu?" katanya dalam kemas kini di Facebook hari ini.
Mohd Asri membuat kenyataan itu ekoran keterangan saksi berhubung kehilangan lelaki dikenali sebagai Amri Che Mat pada 2015.
Memetik keterangan isteri Amri, Norhayati Ariffin, Malaysiakini melaporkan Mohd Asri menyertai serbuan kira-kira 20 anggota polis ke rumah serta pejabat Perlis Hope lebih dua tahun lalu.
Katanya, ketika itu suaminya tiada di rumah.
Cerca isteri nabi
Menurut Norhayati dia menyedari serbuan itu apabila mendengar ada orang yang menjerit kepada anak perempuannya yang berusia 10 tahun yang bermain di luar.
"Polis mula menjerit: Mana ayah kamu? Mana ayah kamu?. Tindakan mereka agak kasar.
"Saya keluar dan polis memperkenalkan saya kepada Dr Maza (Mohd Asri). Beliau meminta kebenaran untuk masuk, tapi saya tak beri kerana suami tiada di rumah," katanya.
Kehilangan Amri itu disebut-sebut ada kaitan dengan pembabitannya dalam ajaran Syiah.
Menurut Mohd Asri untuk memahami sikapnya terhadap fahaman Syiah, orang ramai boleh membacanya melalui status yang dimuat naik pada 2016.
Mengongsikan semula status itu, Mohd Asri berkata Syiah mula menyerap masuk ke Perlis melalui pertubuhan tertentu dan ia berkembang dari Pendang, Kedah.
"Rakyat yang sederhana menolak konsep negara mullah, pertumpahan darah dan sikap tidak demokratik yang mengkhususkan kepimpinan hanya untuk kelompok keluarga Nabi SAW dan agamawan semata-mata pasti tidak dapat menerima idea-idea seperti ini.
"Apatah lagi, apabila membabitkan isu mengkafir dan mencerca para isteri Nabi Muhammad dan sahabat baginda.
"Diharapkan rakyat Perlis berhati-hati dengan perkembangan Syiah pada mutakhir ini," katanya.

Thus Article Amri hilang babitkan Asri?
Itulah artikel Amri hilang babitkan Asri? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Amri hilang babitkan Asri? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/amri-hilang-babitkan-asri.html
0 Response to "Amri hilang babitkan Asri?"
Post a Comment