Anwar ingatkan media tidak ulang sebar fitnah

Anwar ingatkan media tidak ulang sebar fitnah - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Anwar ingatkan media tidak ulang sebar fitnah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Anwar ingatkan media tidak ulang sebar fitnah
link : Anwar ingatkan media tidak ulang sebar fitnah

Baca juga


Anwar ingatkan media tidak ulang sebar fitnah


 
Anwar ingatkan media tidak ulang sebar fitnah



Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan media khususnya TV3 yang berdepan saman fitnah bahawa adalah tanggungjawab mereka mencari kebenaran dan tidak mengulangi atau menyebarkan fitnah atau membantu orang lain berbuat demikian.

Anwar selaku plaintif berkata demikian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semasa pemeriksaan balas oleh peguam Sistem Televisyen (M) Bhd atau TV3, TH Liew.

Beliau bersetuju dengan peguam itu bahawa dakwaan bekas calon BN Permatang Mazlan Ismail yang mengaitkan dirinya dengan rasuah membabitkan badan kehakiman dan Pejabat Peguam Negara adalah bersifat kepentingan awam.

Namun, beliau berkata media perlu melaporkan dengan jujur.

Anwar, 70, berkata dalam kes ini, TV3 ataupun Utusan Malaysia yang dimiliki oleh Umno tidak menghubungi beliau.

“Sekiranya TV3 bertindak dengan niat baik, mengapa tidak menghubungi saya untuk mengesahkannya. Jelas ada niat jahat

“Media harus bertanggung jawab dalam mencari kebenaran dan tidak mengulangi atau menyebarkan fitnah atau membantu orang lain menyebarkan fitnah.”katanya seperti dipetik Malaysiakini hari ini.

Pada 15 Oktober 2015, Anwar memfailkan saman itu dengan menamakan Mazlan, TV3 dan Utusan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga atas dakwaan memfitnah beliau dengan mengaitkannya terlibat dengan rasuah membabitkan badan kehakiman dan pejabat peguam negara.

Ketua Umum Pakatan Harapan itu berkata, beliau mengetahui isi kandungan surat berkenaan selepas disiarkan menerusi Buletin Utama pada 2 Ogos 2013 dan di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Ogos 2013.

TV3 dalam laporannya pada 2 Ogos 2013 memetik Mazlan mendakwa menerima 6000 salinan surat misteri yang mendakwa bahawa Anwar dan Karpal Singh menyuap badan kehakiman dan pendakwa raya.

Mazlan, bekas ketua pemuda negeri PAS yang kemudian menyertai BN dan bertanding menentang Anwar pada pilihan raya umum ke-13 di Permatang Pauh mengadakan sidang akhbar mengenai perkara berkenaan tetapi tidak membuat dakwaan tersebut. Walau bagaimanapun, salinan surat misteri itu disiarkan di TV3 dan Utusan.

Peguam Utusan, Azhar Arman Ali juga menyoal Anwar sama ada akhbar itu menerbitkan tuduhan bahawa RM50 juta digunakan untuk membayar badan kehakiman dan bekas pemimpin pembangkang itu menjawab bahawa dia mendapat maklumat daripada Karpal yang Utusan dan TV3 melaporkannya.

Bagaimanapun apabila artikel yang dipersoalkan bertarikh 3 Ogos 2013 ditunjukkan, Anwar bersetuju bahawa angka yang dipetik dalam laporan polisnya dan Karpal bukannya dari artikel Utusan.

Apabila Azhar mencadangkan kepada Anwar bahawa Utusan cuba mengesahkan berita itu dengannya, pemimpin PKR itu menafikannya.

Anwar juga tidak bersetuju bahawa laporan itu digambarkan dengan tepat.

Perbicaraan bersambung pada Khamis ini dengan Anwar disoal semula oleh peguamnya, Sangeet Kaur Deo di hadapan Hakim Datuk Faizah Jamaluddin.



Thus Article Anwar ingatkan media tidak ulang sebar fitnah

Itulah artikel Anwar ingatkan media tidak ulang sebar fitnah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Anwar ingatkan media tidak ulang sebar fitnah dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/anwar-ingatkan-media-tidak-ulang-sebar.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Anwar ingatkan media tidak ulang sebar fitnah"

Post a Comment