Apakah yang hendak disembunyikan

Apakah yang hendak disembunyikan - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Apakah yang hendak disembunyikan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Apakah yang hendak disembunyikan
link : Apakah yang hendak disembunyikan

Baca juga


Apakah yang hendak disembunyikan

'Adakah Najib dan 1MDB takut'
mk      Hari ini, 5:46 pm
Pemuda Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini menolak permohonan pihak Kerajaan, Perdana Menteri dan syarikat 1MDB daripada memfailkan pembelaan mereka ke atas saman yang difailkan kumpulan pemuda itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung pembayaran penyelesaian kes 1MDB dengan International Petroleum Investment Company (IPIC).

Kumpulan pemuda yang menamakan diri mereka Gerakan Anak Muda Tolak Najib (GANT1) melalui peguam mereka Mohamed Haniff Khatri Abdulla menyoal sama ada Najib atau 1MDB atau pihak kerajaan takut untuk memfailkan pembelaan mereka.

"Najib dan 1MDB mendakwa mereka akan bertindak prejudis kerana dengan memfailkan pembelaan mereka, maka ia akan menjadi dokumen awam.

"Bagaimanapun, kita mengatakan apakah yang hendak disembunyikan Najib dan 1MDB sehingga takut jika dokumen itu diketahui orang ramai.

"Malahan plaintif yang akan jadi prejudis jika perintah penangguhan daripada memfailkan pembelaan kerana ia menghalang proses saman daripada dipercepatkan," kata Haniff (gambar, atas) kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Penghujahan hari ini dibuat Haniff bersama Mohd Hafarizam Harun, peguam yang mewakili Najib dan peguam Cairns Tan mewakili 1MDB. Manakala itu peguam kanan persekutuan Zureen Elina Mohd Dom mewakili pihak kerajaan di hadapan kamar Hakim Datuk Hue Siew Kheng.

Dilaporkan pada 9 Januari lalu bahwa Hakim Hue menolak permohonan Najib dan 1MDB bagi membatalkan saman yang difailkan GANT1 dan mengarahkan mereka memfailkan pembelaan sebelum akhir bulan ini.

Hakim Hue juga menolak permohonan lisan mereka untuk menangguhkan pemfailan pembelaan sehinggalah rayuan terhadap keputusan beliau dibuat Mahkamah Rayuan.
Hakim Hue memutuskan pemuda Gerakan Anak Muda Tolak Najib (GANT1) mempunyai lokus standi (kedudukan undang-undang) untuk memulakan saman itu sebagai rakyat prihatin berdasarkan kenyataan Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani pada 1 Ogos 2016, bahawa Malaysia akan mencabar tuntutan IPIC di Mahkamah Antarabangsa Timbangtara.

Namun demikian, kurang setahun setelah Johari membuat kenyataan, maka 1MDB pun bersetuju selepas proses timbang tara untuk membayar IPIC sebanyak dua kali bayaran.

GANT1 memfailkan saman itu pada Julai tahun lalu bagi menghentikan bayaran dibuat kepada IPIC. Menurut penyelesaian timbang tara di London itu, 1MDB akan membayar hutang AS$1.2 bilion dalam dua bayaran.

Berikutan penghujahan yang didengar hari ini, Hakim Hue menetapkan 29 Januari ini bagi memutuskan sama ada untuk menolak atau memberikan perintah penangguhan pembelaan itu.


Thus Article Apakah yang hendak disembunyikan

Itulah artikel Apakah yang hendak disembunyikan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Apakah yang hendak disembunyikan dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/apakah-yang-hendak-disembunyikan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Apakah yang hendak disembunyikan"

Post a Comment