Asri serang Amri, kata Syiah ancam ‘keselamatan negara’

Asri serang Amri, kata Syiah ancam ‘keselamatan negara’ - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Asri serang Amri, kata Syiah ancam ‘keselamatan negara’, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Asri serang Amri, kata Syiah ancam ‘keselamatan negara’
link : Asri serang Amri, kata Syiah ancam ‘keselamatan negara’

Baca juga


Asri serang Amri, kata Syiah ancam ‘keselamatan negara’

Mufti Perlis mengakui bersama kumpulan seramai 20 orang ke rumah aktivis itu pada 2015.


maza-asri-hilang

SEPANG: Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini melancarkan serangan terhadap Amri Che Mat, sehari selepas isteri aktivis itu menamakan Jabatan Mufti Negeri dan pihak berkuasa Islam antara yang beliau syaki terlibat dalam kehilangan suaminya.

Asri berkata, Amri seorang Syiah yang mengamalkan muta’ah atau nikah kontrak yang berdasarkan kepada persetujuan kedua-dua belah pihak.

Bagaimanapun, Asri menafikan apa-apa kaitan yang menghubungkannya dengan kehilangan Amri, selepas isteri Amri memberitahu dalam inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) semalam yang Jabatan Mufti Perlis berkemungkinan memainkan peranan dalam perkara itu.

“Mungkin suami dia ada sekarang ke pergi mana saya tak tahu. Mungkin dia pergi Iran,” katanya merujuk kepada majoritinya penganut Syiah di negara terbabit.

“Mungkin dia pergi muta’ah di Thailand. Dia pergi mana saya tak tahu,” katanya semasa ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Amri, yang merupakan pengasas Perlis Hope, telah hilang sejak November 24 2016.

Kehilangan misterinya dan 3 yang lain, Raymond Koh, Joshua Hilmy dan isterinya Ruth, menjadi subjek inkuiri yang dijalankan oleh Suhakam.

Semalam, isteri Amri, Norhayati Ariffin memberitahu inkuiri Asri bersama 20 polis dan pegawai daripada Jabatan Mufti Perlis yang datang ke rumahnya pada 2015 untuk menyoal Asri dan aktiviti Perlis Hope.

Beliau berkata, semasa lawatan itu, beliau terdengar kekecohan di luar rumah dan menambah polis menjerit kepada anaknya serta bertanyakan di mana ibu bapanya.

Asri mengakui bersama kumpulan pegawai itu, tetapi mengatakan dia pergi ke sana secara aman.
“Saya tidak mendengar pun polis menengking anaknya,” katanya sambil menambah mereka memasuki rumahnya dengan penuh hormat.

‘Syiah merupakan ancaman, tanggungjawab saya untuk menyiasat’

Asri berkata, rumah yang diduduki Amri dipenuhi gambar imam-imam Syiah.

“Suasana kita pergi itu macamlah tempat ibadat Syiah di Iran,” tambahnya.

Asri lantang menentang Syiah, yang merupakan mazhab kedua terbesar dalam dunia Islam dan dilabel sebagai “menyimpang” oleh pihak berkuasa Islam Malaysia.

Sebelum ini, terdapat dakwaan Amri terlibat dalam menyebarkan Syiah tetapi dakwaan itu dinafikan oleh isterinya.

Bagaimanapun, Asri berkata adalah menjadi tugasnya untuk menyiasat dakwaan tersebut berikutan “banyak aduan daripada orang ramai” yang menuduh Jabatan Mufti tidak mengambil “tindakan”.

Tambahnya, beliau tidak boleh menghalang apa yang dipercayai oleh Amri asalkan beliau tidak manjadikannya satu aktiviti.

“Sebab itu saya pergi ke rumahnya. Bukan kerana saya mahu menghalang kebebasannya.

“Awak tahu saya bercakap soal kebebasan pemikiran, soal hak-hak asasi manusia tapi perkara ini telah melampaui batas. Anda menjadikan orang sekeliling anda kelam kabut,” katanya.

Asri turut menyebut mengenai penyebaran Syiah di Perlis dan di negara jiran Thailand.

“Syiah berkembang di Perlis dan juga ada di Satun, markas mereka. Ini bukan satu perkara kecil. Saya ulangi, ini memang boleh menggugat keselamatan negara,” katanya.

Menurut Asri, terdapat kemungkinan Perlis Hope sedang berusaha untuk menegakkan teokrasi.

“Saya menentang apa-apa pemikiran ekstremis untuk mewujudkan negara agama yang ekstremis, negara mullah,” kata Asri yang pada masa dahulu dikaitkan dengan tuduhan menggalakkan wahabisme, iaitu suatu pemikiran dalam Islam yang diamalkan di Arab Saudi.

Inkuiri itu akan bersambung esok dan Asri kemungkinan akan dipanggil untuk memberikan keterangan.

LIHAT VIDEO DI SINI

 taken-by-Norhayati-Ariffin-wife-of-Amri-Che-Mat-m



Thus Article Asri serang Amri, kata Syiah ancam ‘keselamatan negara’

Itulah artikel Asri serang Amri, kata Syiah ancam ‘keselamatan negara’ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Asri serang Amri, kata Syiah ancam ‘keselamatan negara’ dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/asri-serang-amri-kata-syiah-ancam.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Asri serang Amri, kata Syiah ancam ‘keselamatan negara’"

Post a Comment