Sekat Peruntukan : Presiden PAS Beri Nasihat Kepada Azmin Ali…

Sekat Peruntukan : Presiden PAS Beri Nasihat Kepada Azmin Ali… - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sekat Peruntukan : Presiden PAS Beri Nasihat Kepada Azmin Ali…, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Sekat Peruntukan : Presiden PAS Beri Nasihat Kepada Azmin Ali…
link : Sekat Peruntukan : Presiden PAS Beri Nasihat Kepada Azmin Ali…

Baca juga


Sekat Peruntukan : Presiden PAS Beri Nasihat Kepada Azmin Ali…





SHAH ALAM: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, diingatkan supaya tidak mencampur-adukkan isu politik dalam pentadbiran negeri yang mendapat mandat daripada rakyat.

Perkara itu dibangkitkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, susulan kenyataan Pesuruhjaya PAS Negeri, Sallehen Mukhyi, berhubung dakwaan pembekuan peruntukan wakil rakyat parti itu pada tahun ini berjumlah RM800,000.

“Sepatutnya kita (kerajaan negeri) mesti membezakan antara parti politik dengan kerajaan. Selepas pilihan raya, parti politik yang menang boleh membentuk kerajaan sendiri atau kerajaan.

“Bagaimanapun, jika berlaku sentimen politik dalam memerintah, ia adalah satu pendekatan yang salah. Selepas pilihan raya, kita mesti menganggap semua rakyat sama ada yang menyokong atau tidak menyokong kita sebagai tanggungjawab yang perlu diutamakan.

“Itu pendekatan yang sepatutnya kita gunakan, tidak ada diskriminasi dan tak ada pilih parti,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Himpunan Fastaqim 2.4 dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Selangor, di Seksyen 17, di sini, hari ini.

Abdul Hadi diminta mengulas isu peruntukan kepada wakil rakyat PAS di Selangor yang didakwa dibekukan oleh kerajaan negeri sebelum ini.

Sebelum ini, media melaporkan, Sallehen menyatakan hasrat PAS Selangor mahu mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, sebagai jalan terakhir sekiranya kerajaan negeri pimpinan Mohamed Azmin gagal menyelesaikan masalah pengagihan peruntukan kawasan kepada wakil rakyat parti itu dengan segera.

Sallehen berkata, beliau menerima maklumat berkenaan pembekuan peruntukan itu daripada pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor.

Bagaimanapun, usaha menghadap Sultan Selangor itu hanya akan dilakukan selepas mendapat penjelasan daripada Mohamed Azmin terlebih dahulu.

Sementara itu, EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata sebarang tindakan berhubung isu itu akan dilakukan Februari depan.

Katanya, sehingga kini pihaknya masih tidak menerima sebarang makluman atau surat dari kerajaan negeri berhubung perkara itu.

“Selalunya, setiap tahun, peruntukan ini diberikan penghujung Januari. Kita tunggu dan lihat apa akan berlaku sampai hujung bulan ini,” katanya – BH



Thus Article Sekat Peruntukan : Presiden PAS Beri Nasihat Kepada Azmin Ali…

Itulah artikel Sekat Peruntukan : Presiden PAS Beri Nasihat Kepada Azmin Ali… Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Sekat Peruntukan : Presiden PAS Beri Nasihat Kepada Azmin Ali… dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/sekat-peruntukan-presiden-pas-beri.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sekat Peruntukan : Presiden PAS Beri Nasihat Kepada Azmin Ali…"

Post a Comment