Tajuk : Bekas Setiausaha MISDC didakwa pecah amanah RM4.58 juta
link : Bekas Setiausaha MISDC didakwa pecah amanah RM4.58 juta
Bekas Setiausaha MISDC didakwa pecah amanah RM4.58 juta
ANTARAPOSMELAKA: Bekas Setiausaha Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian Melaka (MISDC), Zamrud Mansor, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 42 pertuduhan pecah amanah melibatkan RM4.58 juta antara tahun 2014 dan 2015.
Zamrud, 76, menghadapi lima pertuduhan melakukan pecah amanah ke atas peruntukan MISDC ketika memegang jawatan setiausaha pusat itu dengan memasukkan peruntukan berjumlah RM4.3 juta ke dalam akaun milik syarikat MISDEC Resources Sdn Bhd.
Tertuduh juga menghadapi 37 pertuduhan pecah amanah ke atas peruntukan pusat itu dengan membuat pembayaran RM286,136.68 untuk pelbagai sebab antaranya yuran penubuhan syarikat MISDEC Resources Sdn Bhd, deposit sewa rumah kedai, perlindungan insurans, ubah suai restoran, pembelian perkakasan dapur restoran, pemasangan pendingin hawa dan pendawaian elektrik.
Sementara itu anak tertuduh, Hazizul Zamrud, 44, yang bertugas sebagai Pengarah Unit Pentadbiran MISDC turut mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas 42 pertuduhan bersubahat atas jenayah yang sama.
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan semua kesalahan itu di Pejabat MISDC, Lorong 1, Jalan PBB 6, Taman Perindustrian Batu Berendam di sini antara 19 Mac 2014 hingga 2 Jun 2015.
Mereka didakwa mengikut seksyen 409 kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan.
Hakim Norma Ismail membenarkan ikat jamin RM250,000 bagi setiap tertuduh serta mereka perlu melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan.
2 Februari depan ditetapkan untuk sebutan semula kes.
Thus Article Bekas Setiausaha MISDC didakwa pecah amanah RM4.58 juta
Itulah artikel Bekas Setiausaha MISDC didakwa pecah amanah RM4.58 juta Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Bekas Setiausaha MISDC didakwa pecah amanah RM4.58 juta dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/bekas-setiausaha-misdc-didakwa-pecah.html
0 Response to "Bekas Setiausaha MISDC didakwa pecah amanah RM4.58 juta"
Post a Comment