Intipati 'Amanat Hadi' bercanggah dengan tuduhan Tun M - Penganalisis

Intipati 'Amanat Hadi' bercanggah dengan tuduhan Tun M - Penganalisis - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Intipati 'Amanat Hadi' bercanggah dengan tuduhan Tun M - Penganalisis, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Intipati 'Amanat Hadi' bercanggah dengan tuduhan Tun M - Penganalisis
link : Intipati 'Amanat Hadi' bercanggah dengan tuduhan Tun M - Penganalisis

Baca juga


Intipati 'Amanat Hadi' bercanggah dengan tuduhan Tun M - Penganalisis

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Intipati sebenar 'Amanat Hadi' secara keseluruhannya bercanggah dengan tuduhan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mendakwa ia mengkafirkan sesiapa yang tidak menyertai PAS sehingga mencetuskan perpecahan.
 
Penganalisis politik, Azmi Hassan turut berpendapat ucapan yang dinyatakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang disalah tafsir apabila diambil secara berkelompok dan bukannya difahami secara keseluruhan.
 
"Jikalau kita tinjau dan teliti amanat itu sendiri kalau kita ambil dua tiga perenggan maka itu dikatakan boleh menimbulkan kekecohan. Tetapi kalau kita menghayati keseluruhan amanat itu yang sebenar, ianya tidak menjerumus kepada apa yang dikatakan mengkafir. Sebenarnya tidak. Kita perlu buka minda dan baca amanat itu secara keseluruhan apa yang berlaku keadaan politik pada ketika itu.
 
"Timbul masalah apabila amanat itu diambil secara berkelompok-kelompok. Secara sedikit dan diletakkan pada senario itu. Jadi, itu timbulnya isu ini. Jadi itu dikatakan bahawa tidak adil bila Pengerusi PPBM menyalahkan amanat itu dan menyalahkan mufti kerana tidak bersuara kepada isu Memali. Kerana perkara ini sukar untuk dikaitkan secara langsung," katanya dalam temubual ekslusif bersama Antarapos hari ini. 
 
Ujarnya, Amanat Hadi yang dikeluarkannya di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 itu menimbulkan persepsi berbeza apabila ia diambil hanya sebahagian saja berbanding keseluruhan kandungan untuk kepentingan individu tertentu.
 
Dr Mahathir sebelum ini menuduh Hadi sebagai antara punca tercetusnya peristiwa di Memali, dengan merujuk sebahagian teks ucapan Hadi yang disebarkan pada 1980an dan dikenali sebagai 'Amanat Hadi'.
 
Isu berkenaan kembali menjadi hangat apabila Dr Mahathir mempersoal mengapa tiada mufti-mufti menegur PAS yang mengeluarkan 'amanat' berkenaan, yang dakwanya mengkafirkan sesiapa yang tidak menyertai parti berkenaan. 
 
Berucap di pentas perhimpunan agung PPBM Sabtu lalu, pemimpin veteran itu berkata: "Mereka (mufti) berdiam seribu bahasa, seolah-olah mereka setuju dengan pendapat parti PAS. Kalau mereka setuju dengan PAS, mereka tak masuk PAS maka mereka juga kafir."
 
Malah katanya lagi, sikap berdiam diri mufti-mufti di negara ini yang tidak menyangkal fatwa ekstrem yang dikeluarkan Hadi mendorong kepada tragedi berdarah Memali.
 
Beliau menyalahkan pengikut guru agama, Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya kerana terlalu taasub dengan Amanat Hadi, sebagai punca 18 orang terbunuh dalam tragedi Memali pada November 1985.
 
Dalam pada itu, Azmi turut mengambil contoh kekeliruan yang sama tercetus apabila kenyataan Ahli Parlimen Marang itu bahawa semua anggota Kabinet mesti terdiri dari kalangan Melayu muslim yang turut disalahtafsir sebuah laporan media.
 
"Tidak, maknanya kita kena kaji dulu apakah hasrat amanat itu sendiri. Tidak menjerumus kepada perkataan atau tuduhan itu. Bagi saya, kalau baca secara keseluruhannya tidak. Bukannya seratus peratus. Sama juga apabila dikatakan ucapan Presiden PAS bahawa ahli kabinet sepatutnya di golongan orang Islam sahaja. Ianya boleh disalah tafsir kalau diambil sedikit-sedikit ucapan tersebut," tambahnya. 
 
Terdahulu, timbul kontroversi apabila laporan sebuah akhbar bertajuk "PAS president: All-Malay cabinet members for Malaysia" (Presiden PAS: Anggota Kabinet Melayu untuk Malaysia), dengan perenggan pertama mendakwa Hadi berkata perkara itu mengmabilkira Melayu adalah kaum majoriti di negara ini.
 
Dalam kenyataan itu, Hadi dilaporkan berkata "Islam meletakkan mestilah ketua negara dan anggota kabinetnya yang berakidah Islam daripada bangsa yang paling berpengaruh namun tetap memberi hak yang lebih besar kepada orang bukan Islam dalam politik dan ekonomi, berbanding ideologi lain".
 
Kenyataan Hadi itu mendapat kritikan banyak pihak dalam kalangan pemimpin politik Pakatan Harapan (PH) serta mengundang banyak komen negatif mengenai PAS di media sosial.
 
 


Thus Article Intipati 'Amanat Hadi' bercanggah dengan tuduhan Tun M - Penganalisis

Itulah artikel Intipati 'Amanat Hadi' bercanggah dengan tuduhan Tun M - Penganalisis Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Intipati 'Amanat Hadi' bercanggah dengan tuduhan Tun M - Penganalisis dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/intipati-amanat-hadi-bercanggah-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Intipati 'Amanat Hadi' bercanggah dengan tuduhan Tun M - Penganalisis"

Post a Comment