KPN Mohamad Fuzi Kantoi....

KPN Mohamad Fuzi Kantoi.... - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk KPN Mohamad Fuzi Kantoi...., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : KPN Mohamad Fuzi Kantoi....
link : KPN Mohamad Fuzi Kantoi....

Baca juga


KPN Mohamad Fuzi Kantoi....


 Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata usaha mengesan Muhammad Riduan yang sebelum ini dikenali sebagi K. Pathmanathan, masih berterusan sejak 2014 berdasarkan waran untuk pengkomitan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Ipoh pada 30 Mei 2014.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan kenyataan Indira Gandhi bahawa pihak polis tidak lagi mempunyai alasan untuk tidak mencari dan menahan bekas suaminya, yang didakwa gagal menyerahkan anak perempuan mereka kepadanya.

Pada 2016, Mahkamah Persekutuan mengarahkan Ketua Polis Negara menangkap Muhammad Riduan kerana mengingkari perintah Mahkamah Tinggi supaya menyerahkan anak perempuan bongsunya kepada bekas isterinya. Baca lagi di themalaymailonline

Benarkah apa yang telah dikatakan oleh KPN Mohamad Fuzi?

Pada pengamatan saya, kenyataan beliau amat janggal dan pelik. Saya sangat berkeyakinan untuk mengatakan KPN Fuzi Harun tidak berkata benar berdasarkan fakta kes berikut :

KPN tidak boleh dipaksa tangkap 
bapa mualaf, mahkamah putuskan

Pada 17 Dis 2014, dilaporkan Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi Ipoh telah melakukan kesilapan bila ia mengeluarkan perintah mandamus pada 12 September lalu, memerintahkan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar menangkap Mohd. Ridhuan Abdullah (suami Indira sebelum dia memeluk agama Islam) dan me­nyerahkan anak kecil Prasana Diksa (6 tahun) kepada Indira.

 Ketika membenarkan rayuan KPN untuk mengetepikan perintah mandamus yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh, panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Abdul Aziz Ab Rahim memutuskan bahawa mahkamah tidak dapat menguat kuasakan perintah Mahkamah Tinggi itu kerana perkara itu melibatkan perbalahan peribadi.

Ini bermakna, Polis telah menghentikan sama sekali sebarang usaha untuk mengesan dan menangkap Muhammad Riduan setelah  KPN Khalid Abu Bakar dapat mengetepikan perintah mandamus yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh.

Maka ini bermakna kenyataan KPN Mohamad Fuzi Harun bahawa usaha mengesan Muhammad Riduan masih berterusan sejak 2014 adalah tidak benar!


Thus Article KPN Mohamad Fuzi Kantoi....

Itulah artikel KPN Mohamad Fuzi Kantoi.... Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel KPN Mohamad Fuzi Kantoi.... dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/kpn-mohamad-fuzi-kantoi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "KPN Mohamad Fuzi Kantoi...."

Post a Comment