Tajuk : Lakaran Potret Kemiskinan Malaysia
link : Lakaran Potret Kemiskinan Malaysia
Lakaran Potret Kemiskinan Malaysia
Potret kemiskinan Malaysia
ZF Zamir · Diterbitkan pada 26 Jan 2018 7:00AM
Masih terdapat golongan masyarakat yang dibelenggu kemiskinan terutamanya di kawasan luar bandar.– Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Januari, 2018
SEORANG teman dari Jerman bertanya minggu lalu setelah membaca status Facebook saya. Soalnya lewat Messenger sekitar jam 4 pagi atau 10 malam waktu Jerman, benarkah Malaysia negara sifar kemiskinan?
Saya membaca pertanyaannya dan tidak dapat tidur. Subuh menjengah, matahari naik perlahan-lahan dan saya masih belum ketemu jawapan.
Menurut laman web Jabatan Perangkaan, kadar kemiskinan di Malaysia telah turun kepada 0.4% pada 2016 dari 3.8% pada 2009. Manakala kadar kemiskinan di Sabah telah turun kepada 2.9% pada 2016 dari 19.7% pada 2009.
22 tahun yang lalu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerbitkan sebuah buku bertajuk Daerah-daerah Kemiskinan, sebuah kompilasi kertas kajian mengenai kemiskinan di 10 lokasi di luar bandar di seluruh Malaysia yang dikendalikan oleh H. Osman Rani sebagai Editor.
Buku yang diterbitkan pada 1995 ini merakamkan kajian lapangan di Pendang, Padang Terap, Kerian, Kuala Pilah, Hulu Terengganu, Kemaman, Besut, Bachok dan Kota Bharu. Dalam prakatanya, H. Osman Rani menulis: “...dalam tempoh 20 tahun iaitu antara 1970 hingga 1990, kadar kemiskinan di Semenanjung Malaysia telah turun dari 49.3% kepada 15.0%.”
Manakala Chamhuri Siwar dalam Bab 12 menegaskan; “Kemiskinan di Malaysia lebih merupakan fenomena luar bandar dan bumiputera. Pada 1987, kadar kemiskinan di luar bandar di Semenanjung adalah 22.4% berbanding dengan 8.1% di bandar.”
Beliau juga menulis: “Pada tahun 1987, kadar kemiskinan di Semenanjung adalah 17.3% berbanding 35.3% di di Sabah dan 24.7% di Sarawak.”
Naratif yang digelapkan
Akhirnya setelah 8 jam saya menjawab pertanyaan teman dari Jerman itu: “Ya, Malaysia adalah negara sifar kemiskinan. Kadar kemiskinan telah turun dari 49.3% pada 1970 kepada 0.4% pada 2016.”
Dia kelihatan tidak begitu gembira dengan jawapan itu. Saya sendiri, tidak boleh tidur sehingga ke petangnya. Kerana saya tahu hari ini di Kuala Lumpur, separuh dari pekerja seperti dinyatakan oleh Laporan Penyiasatan Gaji dan Upah 2016 iaitu 50% pekerja di Malaysia mempunyai gaji kurang dari RM1,703.
Kos sewa bagi satu unit flat di Kuala lumpur kini tidak kurang daripada RM600 sebulan.– Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Januari, 2018
Bayangkan, lebih separuh dari pekerja di negara ini mempunyai gaji kurang dari RM1703? Hari ini, kos sewa sebuah flat di mana-mana kawasan di Kuala Lumpur tidak kurang dari RM600. Agaknya, berapakah yang tinggal setelah ditolak kos sewa rumah, air, elektrik, minyak dan pengangkutan, untuk makanan?
Berapakah agaknya jumlah simpanan hari tua untuk golongan pekerja ini? Berapakah agaknya jumlah perbelanjaan harian persekolahan untuk anak mereka, atau pembelian makanan berkhasiat yang diperlukan seperti susu?
Berapakah jumlah ahli keluarga yang tinggal di dalam rumah-rumah flat seperti di Pandan Jaya ataupun di Desa Rejang yang hanya berukuran kurang dari 600 meter persegi itu? Berapa generasi agaknya yang tinggal sekali di dalam satu rumah? 2 generasi? 3 generasi?
Malangnya hari ini, semua naratif kemiskinan seperti ini telah digelapkan. Kita tahu dan kita semua sedar, gelandangan semakin bertambah, gaji dan upah tidak naik, harga barang semakin meningkat, dan orang miskin terutamanya miskin bandar yang hidup tanpa keselamatan sosial, dengan kemurungan dan depresi akibat masalah kewangan serta masalah sosial yang semakin menjadi-jadi akibat kemiskinan ini.
Ia berlaku di depan mata kita.
Propaganda tebang pilih
Tetapi jika kita melawat semula laman web Jabatan Perangkaan, misalnya, Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2012 melaporkan seperti berikut:
1. Jumlah isi rumah miskin telah berkurang sebanyak 52.7%, iaitu daripada 228,400 kepada 108,000 bagi tempoh yang sama.
2. Insiden kemiskinan di bandar telah berkurangan daripada 1.7% pada 2009 kepada 1% pada 2012
3. Insiden kemiskinan Bumiputera telah menunjukkan penurunan daripada 5.3% pada 2009 kepada 2.2% pada 2012
Manakala Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah Dan Kemudahan Asas 2016 pula melaporkan:
1. Insiden kemiskinan keseluruhan bertambah baik daripada 0.6% pada 2014 kepada 0.4% pada 2016.
2. Pada masa yang sama, insiden kemiskinan di bandar dan luar bandar turut mencatatkan penurunan masing-masing kepada 0.2% dan 1.0%.
3. Kesemua negeri mencatatkan penurunan dalam insiden kemiskinan dengan perubahan ketara di Sabah daripada 4.0% pada 2014 kepada 2.9% pada tahun 2016.
Maka, satu-satunya cara untuk memahami semua angka yang dihadapkan dengan kita ini adalah dengan membacanya sebagai sebuah propaganda tebang pilih atau ‘card-stacking propaganda’. Angka-angka tersebut mungkin benar, tetapi ia tidak menggambarkan realiti yang sedang kita semua hadapi. Kita telah dipaksakan dengan gambaran yang berat sebelah. Lebih teruk propaganda ini menyebabkan kita hanya melihat sisi positif naratif yang mahu ditonjolkan.
Realiti dan naratif sebenar
Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam sebuah kajian yang disiarkan dalam makalah Ringgit edisi April 2017 terbitan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Bank Negara Malaysia mendedahkan sekitar 59.7% penduduk di ibu negara terbeban ekoran peningkatan kos sara hidup.
Laporan Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri dari Fakulti Ekologi Manusia UPM itu juga mendedahkan sekitar 52.6 peratus warga kota juga terbeban dengan yang hutang yang menimbun.
Menurutnya lagi, sebanyak 45 peratus responden sahaja yang mempunyai rumah dengan lebih satu perdua menyatakan bahawa pendapatan yang diterima hanya cukup untuk memenuhi keperluan asas sahaja.
Bahkan laporan tersebut juga mendedahkan: "Majoriti responden mempunyai pelbagai bentuk masalah kewangan, seperti lewat membayar bil, berada dalam keadaan murung disebabkan masalah kewangan dan tidak mempunyai perlindungan risiko. Sebahagian besar juga tidak mempunyai tunai sekiranya berlaku kecemasan, terpaksa berhutang sebelum mendapat gaji, pinjam wang daripada ceti atau along serta pernah diisytiharkan muflis.”
Kesempitan hidup menjadi antara faktor yang membawa kepada kesan negatif terutamanya dalam kalangan anak-anak.– Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Januari, 2018
Dan laporan kajian ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Setiap hari kita berdepan dengan rungutan orang ramai mengenai sara hidup, kisah-kisah mahasiswa yang mengikat perut kerana tidak mempunyai wang untuk makan, mahasiswa kita keluar Universiti dan tidak bekerja dalam bidang latihan mereka tetapi memandu Grab dan Uber malah ada anak kita yang mati kerana dihempap kerusi yang dibaling dari atas di flat mereka.
Bahkan pada satu tahap, kita semua tidak lagi berasa apa-apa ketika membaca belasan anak sekolah kita rentung terbakar kerana dibakar anak remaja sepermainan mereka. Kita juga adalah masyarakat yang hidup dengan kisah-kisah seperti bapa yang merogol & meliwat anaknya lebih dari 600 kali – yang akhirnya kita anggap sebagai normal.
Jenayah dan masalah sosial meningkat dan meruncing, tetapi kita masih hidup tenang seolah-olah ianya bukan masalah kita.
Wujud pertalian yang jelas di antara jenayah, masalah sosial dan kemiskinan. Mustahil kadar kemiskinan negara kita pada saat ini pada angka 0.4%. Jika angka ini benar, mengapa NGO pro-kebajikan serta NGI seperti Syed Azmi semakin ramai dan kes-kes yang mereka kendalikan bertambah dari bulan ke bulan, dari tahun ke tahun?
Hari ini, naratif kemiskinan mungkin telah berjaya digelapkan. Dengan bantuan Dasar Ekonomi Baru, masyarakat tidak lagi bercakap soal Melayu miskin dan orang-orang miskin. Bahkan dengan bantuan Jabatan Perangkaan dan semua agensi kerajaan, kita semua telah disihir dengan propaganda ini. Angka 0.4% mungkin angka yang seksi untuk diperagakan di simposium atau kempen-kempen politik.
Tetapi kita juga harus ingat, titik peluh orang bekerja, malam-malam yang panjang untuk penjual burger, siang yang hangat untuk pegawai keselamatan serta 1001 jenayah yang terpaksa kita tangani dan masalah sosial yang tidak berjaya kita selesaikan, angka 0.4% tersebut hanyalah sebuah lagi magik sarkas dan persembahan murahan yang tidak memberi kesan kepada masyarakat langsung. – 26 Januari, 2018.
* ZF Zamir ialah penulis buku ‘Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang’ dan pengasas bersama NGO Teach For The Needs (TFTN) dan The Wakaf Buku (TWB). Sebelum ini juga beliau mengetuai badan penerbitan Thukul Cetak sehingga 2017 sebelum meletakkan jawatan sebagai CEO untuk meneruskan projek terbaru beliau iaitu Akademi Thukul.

Thus Article Lakaran Potret Kemiskinan Malaysia
Itulah artikel Lakaran Potret Kemiskinan Malaysia Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Lakaran Potret Kemiskinan Malaysia dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/lakaran-potret-kemiskinan-malaysia.html
0 Response to "Lakaran Potret Kemiskinan Malaysia"
Post a Comment