MALAYSIA BUKAN QATAR

MALAYSIA BUKAN QATAR - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk MALAYSIA BUKAN QATAR, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : MALAYSIA BUKAN QATAR
link : MALAYSIA BUKAN QATAR

Baca juga


MALAYSIA BUKAN QATAR

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi 


1. Malaysia bukan Qatar. Belum tentu undang-undang yg terlaksana di Qatar sesuai dilaksanakan di Malaysia, sekalipun undang-undang itu disandarkan kpd Islam. Kerana, Islam ada acuannya tersendiri, bukan acuan Qatar, Mekah dan Madinah. 

 2. Perbezaan tempat dan masa perlu diambilkira dlm penetapan sesuatu undang-undang termasuk undang-undang yg bersumberkan hukum al-Quran. Hukum potong tangan misalnya, tidak diperincikan oleh al-Quran tentang masa, keperluan, kaedah pelaksanaan dan halangannya. 

 3. Maka, pakar dlm pelbagai bidanglah yg perlu berijtihad utk melaksanakan hukum itu pada tempat dan masa yg sewajarnya. Pelaksanaannya di Malaysia adalah mengikut ijtihad pakar dari Malaysia, bukan dari Qatar. 

 4. Mengambil secara sembrono undang-undang dari Qatar utk diaplikasikan di Malaysia tidak menepati semangat tertinggi undang-undang iaitu keadilan. Jika tidak adil, sekalipun ia datang dari Qatar, Mekah atau Madinah, itu bukan undang-undang Islam. 

 5. Qatar negara kaya, populasi penduduknya berbanding Malaysia kecil, bahkan sistem kerajaannya juga berbeza. Mana mungkin meng-Qatarkan Malaysia dalam hal undang-undang. 

 6. Saya teringatkan suatu kisah kecil pada zaman Nabi, iaitu Nabi menyuruh Aisyah yg mengiringi pengantin perempuan yg berkahwin dgn seorang lelaki Ansar utk menyediakan seorang penyanyi bersamanya, kerana menurut Nabi, orang Ansar sukakan nyanyian. 

 7. Lihat bagaimana Nabi mengambilkira realiti dan keperluan manusia walaupun dalam hal yg kecil, iaitu meraikan kesukaan masyarakat Madinah. Jika Nabi meraikannya, adakah kita pula lebih baik drpd Nabi sehingga mengabaikannya? 

 8. Bayangkan dalam hal yg lebih besar yg melibatkan tangan atau nyawa orang, takkanlah realiti setempat tidak perlu diraikan. Justeru, realiti Malaysia wajib diraikan dlm pelaksanaan apa sahaja undang-undang apatah lagi atas nama Islam. 

 9. Di sinilah 'Fiqh al-Waqi' berperanan besar. Meletakkan sesuatu peraturan yg disandarkan kpd Islam secara salah, sama ada dari sudut masa atau tempat adalah kezaliman. Sementara kezaliman pula wajib dibenteras walaupun pembawanya adalah agamawan. 

 10. Saya fikir kenyataan orang besar Kelantan utk mengaplikasikan undang-undang Islam acuan Qatar di Malaysia adalah kenyataan yg mengheret negara kpd ke-Araban bukan kpd penghayatan syariah Islam sebenar.

Tokaisan Caspian : Qatar itu macam Brunei. Rakyatnya tidak sampai setengah juta dan hampir seluruhnya beragama Islam. Rajanya pula ada kuasa mutlak.

  Sistem perundangan yang diceduk dari negara yang mempunyai demografi, budaya, dan sistem politik yang sangat berbeza boleh membawa petaka.

 Undang-undang syariat Islam di Qatar mengikut tafsiran mazhab Hambali. Hukum rejam untuk kesalahan zina ada di Qatar tetapi tidak pernah dilaksanakan. Hukum bunuh bagi kesalahan murtad juga ada di Qatar.

Kedua-dua hukuman ini bercanggah secara jelas dengan Perlembagaan Negara. Sekiranya hukuman ini mahu dibuat di Malaysia, perlembagaan negara perlu dipinda terlebih dulu.

 Soalnya ... bagaimana perlembagaan negara boleh dipinda untuk membolehkan “Hudud ala-Qatar” ini dilaksanakan di Malaysia.

 Bagi saya, umat Islam di Malaysia perlu membangunkan fiqh kenegaraan yang memenuhi ciri dan realiti negara ini. Tindakan menceduk perlaksanaan hukum Islam dari negara luar tidak akan mampu membina wibawa hukum yang mahu dilaksanakan. Undang-undang tanpa wibawa boleh menjurus ke arah anarki.

 Nauzubillah. 


Thus Article MALAYSIA BUKAN QATAR

Itulah artikel MALAYSIA BUKAN QATAR Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel MALAYSIA BUKAN QATAR dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/malaysia-bukan-qatar.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MALAYSIA BUKAN QATAR"

Post a Comment