Siapa yang campak dadu tipu tu?

Siapa yang campak dadu tipu tu? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Siapa yang campak dadu tipu tu?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Siapa yang campak dadu tipu tu?
link : Siapa yang campak dadu tipu tu?

Baca juga


Siapa yang campak dadu tipu tu?

Helah persempadanan semula kawasan pilihan raya
The Malaysian Insight · Diterbitkan pada 4 Jan 2018 7:48AM
Persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya di Selangor lebih berpihak kepada Barisan Nasional yang mungkin menyaksikan negeri terkaya di Malaysia itu menjadi milik mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Januari, 2018.

KALAU semuanya berjalan secara adil, persempadanan semula kawasan pilihan raya di seluruh Malaysia yang sedang berjalan sekarang akan membetulkan masalah gerimander sebelum ini yang mewujudkan jurang besar jumlah pengundi di kawasan pemilihan di seluruh negara.

Kalaulah semuanya adil.

Tetapi seperti apa yang berlaku di Selangor, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nampaknya ada idea lain tentang apa yang dikatakan adil. Kadar pengundi di kerusi pilihan raya berbeza, seperti malam dan siang.

Dan itu menyebabkan badan pemikir kerajaan Selangor, Institut Darul Ehsan (IDE) membuat kesimpulan Barisan Nasional (BN) yang memerintah kerajaan persekutuan boleh memenangi semula negeri terkaya di Malaysia itu jika pilihan raya diadakan selepas persempadanan semula diluluskan.

Ketua Eksekutif IDE, Profesor Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, berdasarkan trend pengundi 2013, BN dijangka memenangi 20 kerusi manakala PAS akan menang sembilan, DAP (15) dan PKR (12).

Walaupun 20 kerusi milik BN tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan negerinya, perpecahan PAS daripada blok utama pembangkang dan hubungan lebih mesra parti Islam itu dengan Umno boleh membantu kerajaan persekutuan yang memerintah merebut kembali Selangor.

"Persempadanan semula oleh SPR di Selangor sangat memihak kepada BN," kata Redzuan, yang pernah mengetuai Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya, di Shah Alam semalam.

Blok pembangkang Pakatan Harapan (PH) kini mempunyai 29 wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri Selangor, manakala PAS mempunyai 13 dan BN, 12, dengan dua wakil rakyat bebas.

Kesimpulan Redzuan itu bukan cakap kosong tetapi berdasarkan fakta. Beliau menegaskan kemenangan besar bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi pada 2004 bukan kerana popularitinya. Jumlah undi popular hampir tidak berubah sejak 1999.

Kemenangan besar BN sebaliknya disebabkan persempadanan semula sebelum pilihan raya umum itu.

Dalam erti kata lain, tiada yang adil mengenai pelaksanaan persempadanan semula oleh SPR.

Sekiranya persempadanan semula ini dibenarkan, ia tidak ubah seperti mengalihkan tiang gol. Malah ia seperti mengalihkan tiang gol semasa perlawanan berlangsung dan kemudian memadamkan lampu stadium

Inilah juga yang disebut orang, dadu tipu.

Setakat ini, beberapa penduduk Selangor sudah membantah usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya itu yang prosesnya telah dikemukakan sejak 2016.

Tetapi bantahan itu perlu diberikan perhatian segera memandangkan pilihan raya umum dijangka diadakan seawal-awalnya pada Mac dan selewat-lewatnya pada Ogos tahun ini.

Aktivis masyarakat sivil dan parti pembangkang bimbang BN dan sekutunya akan menggunakan sesi Parlimen yang dijadualkan pada Mac untuk meluluskan perubahan yang dicadangkan melalui persempadanan semula ini dan selepas itu mengadakan pilihan raya.

Itu bermakna sempadan kawasan pilihan raya yang baharu mungkin digunakan, dan apa yang diramalkan oleh IDE akan menjadi kenyataan, kerana pertandingan tidak lagi setara.

Itu sangat tidak adil. Mana-mana parti yang mahu membentuk kerajaan haruslah melakukannya dengan adil.

Dan itu hanya boleh berlaku sekiranya persempadanan semula dibuat untuk memastikan setiap undi rakyat adalah adil.

Ahli politik Malaysia yang terus bercakap mengenai integriti dan kejujuran harus memastikan cakap-cakap itu bermula dengan sistem pilihan raya.

Jika tidak, ia hanya sekadar cakap-cakap kosong dan kita boleh mengucapkan selamat tinggal kepada semua bentuk demokrasi di Malaysia. – 4 Januari, 2018


Thus Article Siapa yang campak dadu tipu tu?

Itulah artikel Siapa yang campak dadu tipu tu? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Siapa yang campak dadu tipu tu? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/siapa-yang-campak-dadu-tipu-tu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Siapa yang campak dadu tipu tu?"

Post a Comment