Tajuk : Memali: Tun M lupa situasi sebenar - Mursyidul Am
link : Memali: Tun M lupa situasi sebenar - Mursyidul Am
Memali: Tun M lupa situasi sebenar - Mursyidul Am
ANTARAPOSKANGAR: Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin menyelar Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyalahkan para mufti sebagai punca tercetusnya peristiwa berdarah Memali pada 1985.
Menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak berasas, Hashim menambah ia sekali gus menunjukkan bekas Perdana Menteri itu sudah lupa dengan situasi sebenar kejadian tersebut.
Hashim turut menyoal sama ada Dr Mahathir sedar bahawa Majlis Fatwa dan juga para mufti telah memberi pandangan bahawa 'Amanat Hadi' sebenarnya bukan mengkafirkan orang Islam sehingga boleh mencetuskan perpecahan pada masa itu.
Sebaliknya kata beliau, ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika itu adalah menyentuh secara umum dengan berpandukan al-Quran dan sunnah yang sepatutnya dilihat secara menyeluruh.
“Tetapi hari ini, Dr Mahathir terus mengaitkan Allahyarham Ibrahim Libya dengan keganasan disebabkan amanat Haji Hadi. Saya lihat tidak betul langsung,” katanya dipetik Utusan Online.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir yang menyalahkan para mufti kerana tidak 'menegur' PAS sehingga mewujudkan 'Amanat Hadi' yang mendorong kepada peristiwa Memali.
Tambah Hashim, beliau percaya rakyat boleh menilai siapa sebenarnya Dr Mahathir ketika zaman pemerintahannya sebagai Perdana Menteri.
“Kita dapat lihat apa yang berlaku pada zaman dia (Dr Mahathir) di mana anak dan cucunya kaya-raya,” katanya.
Peristiwa Memali tercetus pada 19 November 1985 iaitu pada era pemerintahan Dr Mahathir, ekoran tindakan pihak keselamatan mahu menahan seorang guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya atas dakwaan mengancam keselamatan negara.
Pertempuran antara pihak keselamatan dengan penduduk kampung akhirnya mengorbankan 18 orang termasuk guru agama itu beserta empat anggota polis, dengan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.
PAS sebelum ini menggesa kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi merungkai peristiwa itu supaya rakyat mengetahui kejadian sebenar.
Thus Article Memali: Tun M lupa situasi sebenar - Mursyidul Am
Itulah artikel Memali: Tun M lupa situasi sebenar - Mursyidul Am Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Memali: Tun M lupa situasi sebenar - Mursyidul Am dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/memali-tun-m-lupa-situasi-sebenar.html
0 Response to "Memali: Tun M lupa situasi sebenar - Mursyidul Am"
Post a Comment