AGM syok sendiri, Ketua Bahagian PPBM Temerloh buat laporan pada RoS

AGM syok sendiri, Ketua Bahagian PPBM Temerloh buat laporan pada RoS - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk AGM syok sendiri, Ketua Bahagian PPBM Temerloh buat laporan pada RoS, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : AGM syok sendiri, Ketua Bahagian PPBM Temerloh buat laporan pada RoS
link : AGM syok sendiri, Ketua Bahagian PPBM Temerloh buat laporan pada RoS

Baca juga


AGM syok sendiri, Ketua Bahagian PPBM Temerloh buat laporan pada RoS

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Ketua Bahagian PPBM Temerloh Amerus Che Onn hari ini membuat laporan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bagi menggesa pertubuhan itu membuat siasatan terperinci terhadap mesyuarat agung tahunan (AGM) pertama parti pada Sabtu lalu yang didakwanya tidak mengikut perlembangaan parti.
 
Menurut Amerus, AGM pada Sabtu lalu dilihat ‘syok sendiri’ kerana hanya memperjuangkan kepentingan individu tertentu dan tiada inisiatif untuk menyelesaikan kemelut dalaman parti.
 
“Pemilihan perwakilan ke AGM tidak dibuat ikut perlembagaan parti. Tiada perhimpunan di peringkat cawangan dan bahagian untuk memilih perwakilan hadir AGM pertama itu. Selain itu, perhimpunan untuk Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan Srikandi juga tidak diadakan.
 
“Saya rasa kami ditipu dan dipermainkan. Maka, saya mendesak RoS membuat siastan terperinci berhubung perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di RoS di sini, hari ini.
 
Sabtu lalu, PPBM mengadakan AGM pertama yang dihadiri 941 perwakilan daripada 137 bahagian di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam selepas diberikan amaran oleh RoS.
 
Amerus berkata AGM pertama itu hanya memberi tumpuan kepada pimpinan tertentu sahaja dan perwakilan bahagian tidak diberi hak untuk menyuarakan pandangan.
 
“Matlamat sebenar penubuhan PPBM sudah tidak wujud kerana kepimpinan tertinggi hanya memperjuangkan kepentingan individu sehingga isu dalaman parti tidak diselesaikan," katanya.
 
Sehubungan itu, Amerus mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meletak jawatan sebagai pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan kerana hanya memperjuangkan kepentingan peribadi.
 
Sebelum ini, RoS memberi amaran kepada PPBM kerana melakukan tiga kesalahan iaitu tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan, menubuhkan sayap Pemuda dikenali sebagai Armada dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti sehingga boleh menyebabkan parti itu dibatalkan.
 
 


Thus Article AGM syok sendiri, Ketua Bahagian PPBM Temerloh buat laporan pada RoS

Itulah artikel AGM syok sendiri, Ketua Bahagian PPBM Temerloh buat laporan pada RoS Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel AGM syok sendiri, Ketua Bahagian PPBM Temerloh buat laporan pada RoS dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/agm-syok-sendiri-ketua-bahagian-ppbm.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "AGM syok sendiri, Ketua Bahagian PPBM Temerloh buat laporan pada RoS"

Post a Comment