Nizar Dijangka Lari Tanding Di Kawasan Bandar

Nizar Dijangka Lari Tanding Di Kawasan Bandar - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Nizar Dijangka Lari Tanding Di Kawasan Bandar, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Nizar Dijangka Lari Tanding Di Kawasan Bandar
link : Nizar Dijangka Lari Tanding Di Kawasan Bandar

Baca juga


Nizar Dijangka Lari Tanding Di Kawasan Bandar

 
 



Daripada menghadapi risiko kekalahan bertanding di DUN luar bandar, Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dijangka akan melarikan diri ke kawasan bandar, DUN yang berhampiran dengan ibu negeri Ipoh.

Pengerusi Amanah Perak Asmuni Alwi mengesahkan terdapat cadangan untuk menukar Nizar dari kawasan luar bandar ke kawasan bandar.

“Ia belum sah tetapi ada kebarangkalian,” kata Asmuni kepada Malaysiakini.

Portal itu menjangkakan Nizar bakal bertanding di Sungai Rapat, sebuah DUN di bawah parlimen Gopeng yang sebelum ini dimenangi oleh Ahli Parlimen PKR, Dr. Lee Boon Chye.

Pada PRU 13, DUN Sungai Rapat dimenangi calon PAS, Radzi Zainon menewaskan calon BN, Datuk Hamidah Osman dan calon bebas, Mior Azman Aminuddin Mior Aris dengan majoriti 2,638 undi.

Dua lagi DUN yang dimenangi calon PKR di bawah Parlimen Gopeng adalah DUN Simpang Pulai dan DUN Teja.

Di Simpang Pulai, calon PKR, Tan Kar Hing menewaskan calon BN, Datuk Chang Kon You dengan majoriti 11,083 undi.

Manakala di DUN Teja, calon PKR, Chang Lih Kang menewaskan calon BN, Yew Sau Kham dengan majoriti 2,082 undi.

Berbanding dengan kawasan luar bandar yang dimenangi Nizar pada PRU 13, di DUN Changkat Jering, beliau berjaya menewaskan calon BN, Datuk Rosli Husin dan calon bebas, Zulkefli Ibrahim dengan majoriti 1,170 undi.

Ketika menang itu, Nizar bertanding atas tiket PAS, kemudian berpindah ke parti Amanah pada 2015.
DUN Changkat Jering merupakan salah satu daripada tiga DUN di bawah Parlimen Bukit Gantang yang dimenangi calon PAS, Idris Ahmad dengan majoriti 986 undi.

Dua lagi DUN di bawah Parlimen Bukit Gantang, berkongsi kemenangan di antara PKR dan BN iaitu DUN Kuala Sepetang di menangi PKR dan DUN Trong dimenangi calon BN.

Di DUN Kuala Sepetang, calon PKR, Chua Yee Ling menewaskan calon BN, Low Swee Eng dengan majoriti 758 undi, manakala di DUN Trong, calon BN, Dr Zabri Abdul Wahid menewaskan calon PAS, Norazli Musa dengan majoriti 1,804 undi.

Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) memberitahu Malaysiakini bahawa Nizar telah menjalankan kerja-kerja akar umbi di DUN Sungai Rapat.

Ahli Parlimen PKR Gopeng sudah sesia maklum akan kegiatan Nizar tersebut.

“Nizar sangat rapat dengan akar umbi. Saya lihat beliau mendapat sokongan Amanah Gopeng,” kata anggota parlimen Gopeng dari PKR Dr Lee Boon Chye.

Bagaimanapun ketika dihubungi, Nizar enggan menghebohkan kegiatan beliau di kawasan DUN tersebut.

“Kebetulan saya menetap di Sungai Rapat, bila-bila saya ke pasar untuk makan malam, mereka nampak saya di situ.

“Saya anggota Amanah di Sungai Rapat, Gopeng. Bila-bila ada program parti, saya perlu hadir di kawasan itu,” kata beliau.



Thus Article Nizar Dijangka Lari Tanding Di Kawasan Bandar

Itulah artikel Nizar Dijangka Lari Tanding Di Kawasan Bandar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Nizar Dijangka Lari Tanding Di Kawasan Bandar dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/nizar-dijangka-lari-tanding-di-kawasan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Nizar Dijangka Lari Tanding Di Kawasan Bandar"

Post a Comment