Tragedi Memali: Polis boleh jawab, tak perlu RCI

Tragedi Memali: Polis boleh jawab, tak perlu RCI - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tragedi Memali: Polis boleh jawab, tak perlu RCI, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tragedi Memali: Polis boleh jawab, tak perlu RCI
link : Tragedi Memali: Polis boleh jawab, tak perlu RCI

Baca juga


Tragedi Memali: Polis boleh jawab, tak perlu RCI

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang bekas peguam negara menyifatkan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berkaitan peristiwa Memali, bukanlah satu keperluan.
 
Sebaliknya menurut Tan Sri Abu Talib Othman, pihak polis sepatutnya mengambil tanggungjawab berkenaan dengan memberi penerangan kerana mereka berada di lokasi ketika kejadian berkenaan berlaku.
 
"Mengapa (kita) mahu RCI sedangkan ia peristiwa bertahun yang lalu, ia sudah jadi sejarah.
 
"Jika ada pihak yang lebih tahu, ia adalah polis di lapangan. Mengapa ketua polis negara (IGP) tidak berkata apa-apa? Mereka sepatutnya menyatakan kebenaran.
 
"Mengapa polis tidak tampil menceritakan sepenuhnya apa yang berlaku di lapangan, mereka tahu tentangnya," katanya dalam satu sidang media hari ini.
 
Peristiwa Memali kembali hangat selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkannya di mesuarat agung pertama PPBM minggu lalu.
 
Dr Mahathir menyalahkan mufti yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap insiden berkenaan, ekoran gagal menegur PAS sehingga membuahkan Amanat Hadi sekaligus mencetuskan peristiwa berdarah itu.
 
Tahun lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak menolak kemungkinan akan menubuhkan RCI bagi menyiasat perkara itu.
 
Menegaskan yang pihak yang bertanggungjawab terhadap insiden itu perlu dibawa ke muka pengadilan, Abu Talib berkata polis patut melakukan siasatan.
 
"Mereka yang mengendalikan keadaan. Mengapa politikkan isu itu sekarang...kita mahukan keamanan dalam negara. Kita ada undang-undang, dan kita semua setara di bawah undang-undang," katanya.
 
PAS berulangkali mendesak penubuhan RCI bagi menyiasat peristiwa yang mengorbankan empat anggota polis dan pemimpin PAS Kedah Ibrahim Libya beserta 13 pengikutnya di Kampung Memali di Baling, Kedah



Thus Article Tragedi Memali: Polis boleh jawab, tak perlu RCI

Itulah artikel Tragedi Memali: Polis boleh jawab, tak perlu RCI Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tragedi Memali: Polis boleh jawab, tak perlu RCI dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/tragedi-memali-polis-boleh-jawab-tak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tragedi Memali: Polis boleh jawab, tak perlu RCI"

Post a Comment