PAS mahu Najib kekal

PAS mahu Najib kekal - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PAS mahu Najib kekal, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PAS mahu Najib kekal
link : PAS mahu Najib kekal

Baca juga


PAS mahu Najib kekal

PAS mahu Najib kekal PM, kata Wan Azizah 
Nabihah Hamid · Diterbitkan pada 2 Jan 2018 2:02PM
Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail mengulas pujian Najib dalam ucapan tahun barunya yang turut menyerang ketua gabungan parti pembangkang Dr Mahathir Mohamad. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 2 Januari, 2018

PRESIDEN Pakatan Harapan, Dr Wan Azizah Wan Ismail mengganggap PAS cenderung menyokong Barisan Nasional (BN) dan masih mahukan Najib Razak sebagai Perdana Menteri. 

Ia lebih-lebih lagi selepas kenyataan Setiausaha PAS, Takiyuddin Hassan yang menolak cadangan PH melantik Perdana Menteri sementara yang disifatkan tidak menepati perlembagaan.

"Saya rasa mungkin PAS apabila Setiausaha Agung dia kata, PM sementara tidak ikut perlembagaan itukan, jadi PAS hendak mengekalkan perdana menteri sekarang. Sebab itu dia ada puji-pujian. Saya tidak tahulah, ini spekulasi," katanya pada media di Putrajaya hari ini. 

Presiden PKR itu mengulas pujian Najib dalam ucapan tahun barunya yang turut menyerang ketua gabungan parti pembangkang Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, Najib mengambil sikap berbeza ketika menyebut mengenai seorang lagi pemimpin pembangkang iaitu Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Beliau memuji Hadi sebagai pemimpin yang mengambil pendekatan politik matang kerana dapat bekerjasama dengan kerajaan dalam isu tertentu.

"Cara yang lebih baik telah ditunjukkan oleh PAS di bawah kepimpinan Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang. Meskipun kami berada di pihak yang berlainan, tetapi kami menolak ke tepi segala perbezaan apabila ia berkaitan kepentingan bersama, seperti dalam isu Rohingya dan Palestin," kata Najib.

Manakala isu calon PM pula, Takiyuddin Hassan berkata jawatan tertinggi dalam kerajaan itu adalah jawatan yang sangat besar, dengan Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh melantik seseorang ahli politik menjadi Perdana Menteri.

"Proses melantik Perdana Menteri adalah suatu perkara yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 43 (iaitu), Yang di-Pertuan Agong hendaklah dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu," katanya seperti dipetik oleh  Sinar Harian.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata PAS tidak serius menjadi pembangkang memandangkan tindak-tanduk pemimpinnya mendapat pujian Perdana Menteri.

"Perjuangan PAS kini sudah sesat. Sesat sampai dipuji oleh Umno," kata Guan Eng.

"Jika Umno puji kamu sebagai sebuah parti politik pembangkang yang baik, kamu lingkup la. Kamu parti pembangkang yang baik sebab kamu ikut cakap mereka, dan tidak ganggu atau mengancam kedudukan mereka," katanya. – 2 Januari, 2018.


Thus Article PAS mahu Najib kekal

Itulah artikel PAS mahu Najib kekal Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PAS mahu Najib kekal dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/pas-mahu-najib-kekal.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PAS mahu Najib kekal"

Post a Comment