Tajuk : Masih tak bertudung orang getik
link : Masih tak bertudung orang getik
Masih tak bertudung orang getik
DETIK DAILYOleh SUBKY LATIF
SEKALIPUN sudah tidak ramai, tapi masih ada wanita Islam tidak bertudung. Jika awal 70-an dulu orang soksek mana-mana wanita yang menutup aurat, maka sekarang kita dapati yang sekadar muslimah awam bersoksek sama sendiri melihat wanita tidak bertudung terutama ibu-ibu tua atau sudah jadi opah.
Tidak ada yang kutuk perempuan yang tidak bertudung, tetapi secara spontan mereka getik wanita yang mendedahkan kepala itu. Pada hal mereka tidaklah terdiri daripada ahli-ahli agama yang menjaga adab dan akhlak sebagai orang Islam, tetapi getik pada yang masih tidak bertudung itu.
Selama ini terutama bagi masyarakat Islam konservetif mengira anak-anak wayang sebagai golongan yang tidak peka akhlak Islam. Saya tidak mahu kata mereka dibenci, tetapi mereka dipandang tidak enak oleh orang Melayu. Dan mereka dikira golongan paling bebas pergaulannya. Pergaulan bebas itu tidak disukai masa itu.
Tetapi masa ini penyanyi dan pelakon filem pun rata-rata sudah menjaga aurat. Saya adalah peminat lakonan seniwati Sarimah semasa muda dulu. Amat bangga saya apabila Sarimah menjaga auratnya dalam semua keadaan termasuk dalam filem.
Kerana terlalu menjaga auratnya hingga terasa saya lakonannya tidak realistik. Dalam kehidupan anak-beranak dalam rumah ibu dan anak perempuan tidak haram mendedahkan aurat. Tetapi dalam lakonan sedemikian Sarimah menjaga aurat. Terasalah ia tidak realistik. Tetapi itulah pekanya dia menjaga aurat.
Kebanyakan ahli seni sekarang sudah peka dengan adab aurat, tetapi setengah anggota masyarakat yang hidupnya ada kelas tidak hiraukan kod berpakaian itu sekalipun berada dalam majlis yang semuanya bertudung. Ketika ziarah jenazah saja tutup kepala tapi leher terdedah.
Apa jua status agamanya masing-masing sudah menjaga aurat. Payah kita jumpa orang bersekolah Orang Putih dulu kini tidak menutup aurat. Tahniah buat Tun Rahah, bonda PM Najib, semasa jadi isteri Perdana Menteri dulu tidak ramai orang kenamaan menutup aurat. Tetapi hari ini dia menutup aurat.
Wanita Umno tidak tahu bertudung, tetapi hari ini ketuanya Shahrizat Jalil pun sudah lingkup. Sebelumnya kebanyakan perwakilan bertudung tetapi ketuanya keras kepala tak bertudung.
Mula orang bertudung selepas 13 Mei, 1969. ABIM ditubuhkan selepasnya. Semua ahli bertudung. Lepas itu ia berkembang pesat. Tahun 1984 saya ke Mesir selepas haji. Sekalian wanita dalam rombongan bertudung belaka. Orang Mesir bertanya, semua wanita Malaysia macam inikah?
Sekalipun ia belum diterima pakai orang majoriti, tapi bagi orang Mesir, beginilah wanita Malaysia. Mereka bersyukur, kerana di Mesir ketika itu seolah tidak cukup kain unuk bertudung.
Dulu bertudung itu bukan budaya isteri menteri-menteri. Sejak Anwar Ibrahim jadi TPM kebanyakan isteri TPM bertudung. Isteri PM hingga hari ini belum bertudung. Raja-Raja adalah ketua agama, permaisuri belum semua bertudung. Untung juga isteri rakyat tidak ikut isteri raja mereka.
Perkembangan meggalakkan. Hanya kerajaan Kelantan mensyaratkan petugas wanita Melayunya bertudung. Kerajaan pusat dan lain-lain negeri tidak membuat syarat tetapi kebanyakannya memilih bertudung.
Apakah menjelang TN50 tamat, semua wanita Islam bertudung? Moga-moga amin! Yang masih tidak bertudung, bukan mereka saja berdosa, tetapi yang bertudung kerana bersoksek pada yang tidak bertudung boleh disambar dosa juga.
Jika yang tidak bertudung itu tidak dapat dicegah dengan tangan dan mulut, sekadar getik sekalipun selemah-lemah iman, berpahala jua
Thus Article Masih tak bertudung orang getik
Itulah artikel Masih tak bertudung orang getik Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Masih tak bertudung orang getik dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/masih-tak-bertudung-orang-getik.html
0 Response to "Masih tak bertudung orang getik"
Post a Comment