PAS nak berhibur di Wisma Tok Guru, Amanah lapor polis

PAS nak berhibur di Wisma Tok Guru, Amanah lapor polis - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PAS nak berhibur di Wisma Tok Guru, Amanah lapor polis, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PAS nak berhibur di Wisma Tok Guru, Amanah lapor polis
link : PAS nak berhibur di Wisma Tok Guru, Amanah lapor polis

Baca juga


PAS nak berhibur di Wisma Tok Guru, Amanah lapor polis

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SALOR: Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan membuat laporan polis berhubung program PAS yang akan berlangsung malam tadi di Wisma Tok Guru, Salor yang didakwa melanggar perintah mahkamah.
 
Pengerusi Amanah kawasan Kubang Kerian, Fauzi Muhamad berkata, PAS diingatkan agar mematuhi perintah injunksi erinford yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu, berhubung kemelut pertikaian antara ADUN Salor, Datuk Husam Musa dan Mohd Yasin Yusoff dalam isu hartanah melibat premis tersebut.
 
Menurutnya, ia berikutan penganjuran sebuah konsert hiburan oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Tindakan DUN Salor yang akan diadakan bertempat di Wisma Tok Guru, malam tadi.
 
"Tindakan PAS melanggar perintah injunksi Erinford oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu ini amat dikesali dan ia disifatkan sebagai suatu lagi cubaan provokasi melampau.
 
"Ia berlaku selepas sebelum ini pihak PAS telah memasang papan tanda yang melarang sebarang aktiviti dijalankan di atas hartanah yang masih dalam pertikaian di mahkamah," katanya kepada Malaysiakini, hari ini selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Kerian, Kota Bharu.
 
Terdahulu, PAS merancang program Hiburan Alternatif yang akan menampilkan persembahan dikir barat dan acara cabutan bertuah.
 
Isu Wisma Tok Guru yang dijadikan Pusat Khidmat ADUN Salor menarik perhatian ramai selepas pemilik asal hartanah itu menjual tiga lot tanah kepada Mohd Yasin yang juga setiausaha kerja PAS Kelantan.
 
Tanah itu asalnya dibeli bekas ADUN Salor, Allahryarham Datuk Ahmad Rosli Ibrahim dan menamakan isterinya sebagai pemilik.
 
Namun baru-baru ini tanah berkenaan dijual kepada Mohd Yasin pada harga RM700,000.
 
Husam bagaimanapun berjaya mendapatkan perintah injuksi 'Erinford' sekali gus membolehkan beliau menggunakan hartanah tersebut seperti sebelum ini sementara keputusan akhir kes pertikaian itu dibuat.
 
Sementara itu, difahamkan Husam melalui peguamnya telah menghantar notis peringatan kepada pihak peguam Mohd Yasin agar mematuhi perintah injunksi Erinford tersebut.
 
Namun, difahamkan juga program yang dirancang PAS itu tetap bakal berlangsung seperti dijadualkan.
 
 


Thus Article PAS nak berhibur di Wisma Tok Guru, Amanah lapor polis

Itulah artikel PAS nak berhibur di Wisma Tok Guru, Amanah lapor polis Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PAS nak berhibur di Wisma Tok Guru, Amanah lapor polis dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/pas-nak-berhibur-di-wisma-tok-guru.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PAS nak berhibur di Wisma Tok Guru, Amanah lapor polis"

Post a Comment