PKR letak calon wanita di Parlimen Kuantan dan Rompin

PKR letak calon wanita di Parlimen Kuantan dan Rompin - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PKR letak calon wanita di Parlimen Kuantan dan Rompin, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PKR letak calon wanita di Parlimen Kuantan dan Rompin
link : PKR letak calon wanita di Parlimen Kuantan dan Rompin

Baca juga


PKR letak calon wanita di Parlimen Kuantan dan Rompin

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUANTAN: PKR meletakkan dua calon wanita di dua daripada empat kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada parti itu di Pahang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
 
Pengerusinya Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata dua kerusi Parlimen itu ialah Kuantan yang akan terus dipertahankan oleh Fuziah Salleh dan seorang muka baru bagi kerusi Parlimen Rompin.
 
"Calon wanita di Rompin adalah golongan profesional dan anak peneroka. Pemilihannya atas pertimbangan kawasan itu yang mempunyai ramai peneroka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran Wanita Pakatan Harapan Pahang di sini hari ini.
 
Fauzi berkata dua lagi kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada PKR ialah Bera dan Indera Mahkota (IM), yang mana beliau tidak menolak kemungkinan akan bertanding sama ada mempertahankan kerusi IM atau berpindah ke kawasan baru.
 
Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Pahang berkata kerusi Parlimen Temerloh diberikan kepada Parti Amanah Negara (Amanah), atas permintaan parti berkenaan.
 
"Buat masa ini, strategi Pakatan Harapan ialah meletakkan calon daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di kawasan Parlimen yang menjadi kubu kuat Umno kerana mereka sudah tahu selok belok permainan politik lawan," katanya.
 
Ditanya mengenai pembahagian kerusi DUN Pahang, Fauzi berkata perkara itu masih belum dimuktamadkan kerana menunggu keputusan daripada pimpinan pusat, walaupun nama calon berkelayakan sudah diserahkan.
 
Katanya senarai calon yang dikemukakan terdiri daripada anggota DUN sedia ada yang berkemungkinan bertanding di kerusi baru dan calon baru yang merupakan anak muda.
 
"Kita mahu mengajar politik baru di mana pemilihan bukan berdasarkan faktor usia, tapi atas merit dan kemampuan seseorang calon menjalankan tanggungjawab.
 
"Jika berlaku pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya, kita tahu kita sudah menyediakan calon yang berkebolehan untuk penilaian masyarakat," katanya.
 
 


Thus Article PKR letak calon wanita di Parlimen Kuantan dan Rompin

Itulah artikel PKR letak calon wanita di Parlimen Kuantan dan Rompin Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PKR letak calon wanita di Parlimen Kuantan dan Rompin dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/pkr-letak-calon-wanita-di-parlimen.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PKR letak calon wanita di Parlimen Kuantan dan Rompin"

Post a Comment