PAS Perlis umum tanding semua kerusi DUN dan Parlimen

PAS Perlis umum tanding semua kerusi DUN dan Parlimen - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PAS Perlis umum tanding semua kerusi DUN dan Parlimen, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PAS Perlis umum tanding semua kerusi DUN dan Parlimen
link : PAS Perlis umum tanding semua kerusi DUN dan Parlimen

Baca juga


PAS Perlis umum tanding semua kerusi DUN dan Parlimen

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: PAS Perlis mengumumkan akan bertanding di kesemua 15 kerusi DUN dan tiga Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beritahu Pesuruhjayanya Mohd Shukri Ramli.
 
Ujar Shukri, keputusan berkenaan dibuat selepas melihat perkembangan politik semasa yang memihak kepada PAS selepas tidak lagi bersama dalam pakatan pembangkang.
 
"Saya nak maklumkan bahawa dalam PRU14 ini PAS Perlis telah mengambil keputusan untuk bertanding di kesemua kerusi iaitu 15 DUN dan juga tiga kerusi PArlimen," katanya kepada Antarapos.
 
Beliau berkata, sebanyak 50 peratus muka baru akan ditampilkan parti itu pada PRU14 dan senarai nama sudah dikemukakan kepada pucuk pimpinan parti sebelum diputuskan Majlis Syura Ulama PAS.
 
"Calon-calon  yang kita kemukakan kepada Majlis Syura setakat ini terdiri daripada muka lama dan muka baru yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk aktivis parti, profesional dan juga ulama," katanya.
 
Shukri juga mendakwa PAS mempeunyai peluang cerah untuk menang di Perlis memandangkan negeri itu gagal ditadbir dengan baik dibawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).
 
"Dalam pentadbiran Umno-BN di negeri Perlis memang dalam keadaan sebuah negeri yang kita rasa bajetnya tak pernah mencukupi dan setiap tahun defisit.
 
"Bagi kami PAS yang mana di dalam DUN pun saya pernah sebut bahawa kami tidak puas hati dengan apa yang berlaku," katanya.
 
Malah beliau turut mempersoal dana kerajaan negeri yang tidak disalurkan untuk pembangunan sosioekonomi rakyat yang menunjukkan ketidakcekapan pentadbiran di bawah Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.
 
"Seperti pembangunan yang tak perlu termasuk pembinaan bangunan kedai, pasaraya besar yang kita rasa kuasa membeli bilangan rakyat di Perlis sekitar 250,000 adalah sesuatu yang tak perlu pembangunan yang terlalu kehadapan.
 
"(Sehingga) menyebabkan banyak bangunan kedai dan rumah kedai yang kosong selepas pembinaan disebabkan tidak ada peniaga yang berminat dan sekarang ini pun kita lihat banyak pekan seolah-olah macam nak jadi pekan mati kerana tidak ada pengunjung," katanya.
 
Shukri menambah, hingga kini kekuatan jentera parti berada pada tahap baik dan beliau yakin ia mampu memberi sinar baru kepada PAS.
 
"Saya rasa dalam perkembangan sejak kebelakangan ini ada perubahan di kalangan rakyat apabila PAS tidak lagi bersama Pakatan Harapan insya-Allah kita boleh melakukan sesuatu," katanya. 
 
Pada PRU13, kerusi yang ditandingi PAS adalah Parlimen Arau, Kangar dan Padang Besar manakala DUN pula adalah Beseri, Santan Bintong, Kayang, Pauh, Guar Sanji, Simpang Empat dan Sanglan.
 
Satu-satunya kerusi yang diwakili PAS adalah Sanglan.
 
 


Thus Article PAS Perlis umum tanding semua kerusi DUN dan Parlimen

Itulah artikel PAS Perlis umum tanding semua kerusi DUN dan Parlimen Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PAS Perlis umum tanding semua kerusi DUN dan Parlimen dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/pas-perlis-umum-tanding-semua-kerusi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PAS Perlis umum tanding semua kerusi DUN dan Parlimen"

Post a Comment