PPBM anggap krisis pendaftaran dengan RoS sudah selesai

PPBM anggap krisis pendaftaran dengan RoS sudah selesai - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PPBM anggap krisis pendaftaran dengan RoS sudah selesai, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PPBM anggap krisis pendaftaran dengan RoS sudah selesai
link : PPBM anggap krisis pendaftaran dengan RoS sudah selesai

Baca juga


PPBM anggap krisis pendaftaran dengan RoS sudah selesai

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PPBM beranggapan parti itu sudah 'menyelesaikan' isu pelanggaran perlembagaan parti selepas mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) minggu lalu.
 
Ketua Penerangannya, Datuk Kamaruddin Md Noor berkata kini terserah kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk sama ada untuk mengiktiraf atau tidak mesyuarat berkenaan.
 
RoS sebelum ini berkata PPBM perlu mengadakan AGMnya jika tidak mahu pendaftaran partinya dibatalkan.
 
"Pada pandangan dan fahaman kita, kita telah menyempurnakan tuntutan di dalam perlembagaan dan juga apa yang diminta oleh RoS, jadi sekarang ini kita dah buat (AGM) jadi itu terserah kepada RoS untuk bagaimana ia ingin memutuskannya.
 
"Jadi bagi kita, kita dengan mengambil kira suasana yang ada dalam PPBM sekarang ini, jadi ini yang kita kira paling dekat dengan kehendak perlembagaan dan juga dengan kehendak RoS," katanya kepada Antarapos.
 
Minggu lalu PPBM mengadakan AGM pertama yang dihadiri 941 perwakilan daripada 137 bahagian di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam.
 
Menurut RoS, PPBM perlu mengadakan AGMnya berikutan parti itu sudah mencapai umur setahun penubuhannya, sepertimana yang tercatat dalam perlembagaan parti.
 
Jika gagal berbuat demikian pendaftaran PPBM boleh dibatalkan berikutan ia terikat dengan keperluan perlembagaan.
 
PPBM sebelum itu enggan mengadakan AGM berikutan banyak Bahagian dan Cawangan partinya belum ditubuh dan didaftarkan dengan RoS.
 
Selain gagal mengadakan AGM, PPBM juga melanggar perlembagaan parti apabila menangguhkan mesyuarat tahunan itu sesuka hati.
 
PPBM juga melanggar perlembagaan apabila menggunakan nama Armada bagi sayap pemudanya. 
 
Mengulas perkara itu, Kamaruddin berkata pihaknya akur dengan arahan RoS.
 
"Semuanya pemuda, apabila sahaja kita dapat larangan daripada RoS daripada menggunakan perkataan Armada jadi kita sudah tidak guna dan ikut arahan RoS jadi bila ia (RoS) kata tidak boleh, kita terima dan tidak menggunakan perkataan itu (Armada), dah lama juga kita tidak guna.
 
"Kita sudah akur (tidak menggunakan istilah Armada), oleh kerana RoS kata kita tidak boleh guna istilah Armada, jadi kita tidak guna dan kita hanya pakai Pemuda. Kita kira sudah sempurna dan sudah sah," ujarnya lagi.
 
 


Thus Article PPBM anggap krisis pendaftaran dengan RoS sudah selesai

Itulah artikel PPBM anggap krisis pendaftaran dengan RoS sudah selesai Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PPBM anggap krisis pendaftaran dengan RoS sudah selesai dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/ppbm-anggap-krisis-pendaftaran-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PPBM anggap krisis pendaftaran dengan RoS sudah selesai"

Post a Comment