PPBM Temerloh gelar Ketua Bahagian sebagai pengkhianat

PPBM Temerloh gelar Ketua Bahagian sebagai pengkhianat - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PPBM Temerloh gelar Ketua Bahagian sebagai pengkhianat, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PPBM Temerloh gelar Ketua Bahagian sebagai pengkhianat
link : PPBM Temerloh gelar Ketua Bahagian sebagai pengkhianat

Baca juga


PPBM Temerloh gelar Ketua Bahagian sebagai pengkhianat

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: PPBM Bahagian Temerloh hari ini mengakui tidak mengadakan mesyuarat di peringkat cawangan dan bahagian sebagaimana dakwaan Ketua Bahagiannya, Amerus Che Onn.
 
Bagaimanapun Timbalan Ketua Bahagian itu, Mohd Anuar Aziz berkata perkara itu dibolehkan memandangkan usia penubuhan bahagian itu belum genap setahun.
 
Dalam sidang media bagi membidas dakwaan Amerus yang dibuat pada 2 Januari lalu, Mohd Anuar menambah perlembagaan PPBM juga membolehkan mesyuarat agung tahunan (AGM) dijalankan meskipun ada cawangan atau bahagian belum mengadakan mesyuarat.
 
"Saya hendak menjawab apa yang dilakukan oleh Amerus pada 2 Januari lalu yang mendakwa AGM PPBM tidak sah, atas alasan cawangan dan bahagian tidak buat mesyuarat. Saya hendak jelaskan cawangan PPBM masih belum ditubuhkan dan PPBM Bahagian Temerloh belum lagi genap setahun kerana ia ditubuhkan pada Julai 2017.
 
"PPBM Bahagian tidak perlu membuat mesyuarat. Dalam AGM baru-baru ini perwakilan G7 (dipilih bahagian) berkecuali tidak perlu hadir, yang wajib hadir G8 (lapan jawatan pimpinan tertinggi peringkat bahagian)," kata Mohd Anuar sambil memaklumkan perwakilan G7 tidak perlu hadir memandangkan mereka belum lagi mengadakan mesyuarat di peringkat bahagian dan cawangan.
 
Amerus pada Selasa lalu bertindak membuat laporan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menggesa siasatan dilakukan terhadap parti itu berikutan AGM yang berlangsung pada 30 Disember lalu tidak mengikut perlembagaan parti.
 
Dalam sidang medianya selepas itu, Amerus turut mendakwa kononnya AGM PPBM 'syok sendiri' berikutan memperjuangkan kepentingan individu tertentu dan tiada inisiatif untuk menyelesaikan kemelut dalaman parti.
 
AGM tersebut yang dihadiri 941 perwakilan daripada 137 bahagian, diadakan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam selepas diberikan amaran oleh RoS.
 
Amerus berkata AGM pertama itu hanya memberi tumpuan kepada pimpinan tertentu sahaja dan perwakilan bahagian tidak diberi hak untuk menyuarakan pandangan.
 
Amerus turut mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meletak jawatan sebagai pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan kerana hanya memperjuangkan kepentingan peribadi.
 
Susulan tindakan Amerus itu, Mohd Anuar menggelarnya sebagai pengkhianat parti kerana membuat dakwaan sedemikian terhadap PPBM malah gesaan peribadinya terhadap Dr Mahathir.
 
"Saya kecewa sehingga dia sanggup menyarankan Pengerusi PPBM meletak jawatan. Ini keterlaluan sebab pada saya ini bukan sahaja menyinggung PPBM, tetapi menghina PH. Apa yang didakwanya tidak ada asas kukuh melainkan kepentingan sesuatu," katanya.
 
Mohd Anuar dalam masa yang sama memaklumkan Amerus mempunyai masalah disiplin sebaik sahaja dilantik sebagai ketua bahagian.
 
"Kami AJK Bahagian Temerloh memang menolak kepimpinan dia atas beberapa alasan namun tidak sesuai untuk saya ulas satu satu. Cuma saya hendak terangkan selepas dia dilantik, dia tidak menjalankan aktiviti-aktiviti parti, tak beri perhatian, taklimat di pejabat juga dia abaikan.
 
"Selepas dilantik sebab dia menawarkan diri menjadi ketua bahagian dan berjanji mahu lakukan terbaik untuk parti tetapi lepas sahaja dilantik, sudah nampak perubahan. Tanggungjawab dan aktiviti bahagian hanya dibuat oleh kami," kata Mohd Anuar.
 
 


Thus Article PPBM Temerloh gelar Ketua Bahagian sebagai pengkhianat

Itulah artikel PPBM Temerloh gelar Ketua Bahagian sebagai pengkhianat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PPBM Temerloh gelar Ketua Bahagian sebagai pengkhianat dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/ppbm-temerloh-gelar-ketua-bahagian.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PPBM Temerloh gelar Ketua Bahagian sebagai pengkhianat"

Post a Comment