Tukar hak milik tanah FELDA: Isa Samad beri keterangan di Bukit Aman

Tukar hak milik tanah FELDA: Isa Samad beri keterangan di Bukit Aman - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tukar hak milik tanah FELDA: Isa Samad beri keterangan di Bukit Aman, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tukar hak milik tanah FELDA: Isa Samad beri keterangan di Bukit Aman
link : Tukar hak milik tanah FELDA: Isa Samad beri keterangan di Bukit Aman

Baca juga


Tukar hak milik tanah FELDA: Isa Samad beri keterangan di Bukit Aman

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hadir ke Bukit Aman pagi tadi bagi memberi keterangan berhubung isu tukar hak milik tanah FELDA, di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
 
Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
 
Mohamad Fuzi turut tidak menolak kemungkinan lebih ramai individu akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung isu sama.
 
"Kita dah panggil dia (Isa) dan saya rasa keterangan sudah selesai diambil. Ada beberapa individu lain yang kita percaya ada kaitan dengan kes ini akan turut dipanggil dalam masa terdekat untuk memberi keterangan.
 
"Tapi tidak perlulah saya dedahkan siapa identitinya, sebelum ini juga ada beberapa individu lain sudah kita ambil keterangan," katanya dipetik Berita Harian.
 
Media sebelum ini melaporkan bahawa FELDA berisiko kehilangan hak ke atas tiga lot tanah strategik di Jalan Semarak, yang dianggarkan bernilai lebih RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015.
 
Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh (full power of attorney - PA) bagi membangunkannya.
 
Berikutan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat transaksi pindah milik tanah yang didakwa mencurigakan itu termasuk tidak menolak kemungkinan memanggil Isa bagi membantu siasatan.
 
 


Thus Article Tukar hak milik tanah FELDA: Isa Samad beri keterangan di Bukit Aman

Itulah artikel Tukar hak milik tanah FELDA: Isa Samad beri keterangan di Bukit Aman Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tukar hak milik tanah FELDA: Isa Samad beri keterangan di Bukit Aman dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/tukar-hak-milik-tanah-felda-isa-samad.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tukar hak milik tanah FELDA: Isa Samad beri keterangan di Bukit Aman"

Post a Comment