Tajuk : Rela bukan tergolong sebagai pengundi pos - SPR
link : Rela bukan tergolong sebagai pengundi pos - SPR
Rela bukan tergolong sebagai pengundi pos - SPR
ANTARAPOSPUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyelar dakwaan tidak berasas oleh pihak tertentu konnonya terdapat empat juta pengundi pos dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan merangkumi anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).
Pengerusinya, Tan Sri Mohd.Hashim Abdullah dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, anggota Rela tidak tertakluk sebagai pengundi pos dan dakwaan berkenaan telah menyalah erti kategori Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (PVR).
Katanya lagi, SPR telah menetapkan kategori-kategori tertentu termasuk polis dan tentera sebagai pengundi pos namun jumlah sebenar pengundi berkenaan hanya dapat ditentukan selepas semua permohonan dibuka dan diterima.
"Perkara 3(1) hingga (4) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003, menetapkan bahawa mana-mana warganegara yang sudah mendaftar sebagai pemilih boleh mengundi secara pos, dengan syarat mereka perlu tergolong dalam satu daripada kategori yang ditetapkan oleh SPR.
"Sehingga PRU Ke-13, SPR menetapkan beberapa kategori pengundi dalam negara yang boleh memohon untuk menjadi pengundi pos, iaitu anggota tentera dan anggota polis yang tidak dapat hadir semasa hari pengundian awal, selain petugas media dan petugas pilihan raya yang bertugas di luar bahagian pilihan raya mereka berdaftar.
"Bagi kategori pemilih di luar negara pula, kakitangan awam yang berkhidmat di luar negara dan pasangan, pelajar sepenuh masa yang belajar di luar negara dan pasangan, serta rakyat Malaysia yang disenaraikan sebagai Pengundi Tidak Hadir turut diberikan kemudahan pengundian secara pos," katanya dalam kenyataan itu.
Justeru tegasnya, dakwaan tersebut adalah tidak benar dan berniat untuk mengelirukan rakyat.
Mengulas mengenai saranan supaya SPR mengamalkan pengiraan undi awal pada hari yang sama selepas pengundian seperti yang dilakukan oleh negara lain, Hashim berkata, SPR berpandangan ia tidak praktikal kerana akan mempengaruhi pola pengundian pada hari mengundi.
"Jika sebahagian keputusan diketahui lebih awal, ia dikhuatiri akan mempengaruhi sentimen sesetengah pihak dan menjejaskan pola pengundian, bahkan selang dua hari sebelum hari mengundi juga dikhuatiri akan menggalakkan berlakunya situasi di luar kawalan, terutama dalam aspek salah laku kempen dan keselamatan awam.
Thus Article Rela bukan tergolong sebagai pengundi pos - SPR
Itulah artikel Rela bukan tergolong sebagai pengundi pos - SPR Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Rela bukan tergolong sebagai pengundi pos - SPR dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/rela-bukan-tergolong-sebagai-pengundi.html
0 Response to "Rela bukan tergolong sebagai pengundi pos - SPR"
Post a Comment