Tiada lagi pengasingan kelas di Putrajaya

Tiada lagi pengasingan kelas di Putrajaya - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tiada lagi pengasingan kelas di Putrajaya, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tiada lagi pengasingan kelas di Putrajaya
link : Tiada lagi pengasingan kelas di Putrajaya

Baca juga


Tiada lagi pengasingan kelas di Putrajaya

ANTARAPOS
 
Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Semua sekolah di Putrajaya tidak lagi melaksanakan sistem pengasingan kelas mengikut tahap penguasaan akademik murid pada sesi persekolahan 2018.
 
Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Roaini Jaafar berkata konsep itu turut mendapat sambutan ibu bapa kerana para pelajar tidak lagi diasingkan untuk pencapaian akademik, sebaliknya digabungkan dalam kelas sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) selaras dengan pembelajaran abad ke-21 di 14 sekolah kebangsaan dan 26 sekolah menengah.
 
“Ini membolehkan pelajar cemerlang yang menguasai ilmu membaca, mengira dan menulis bekerjasama dan membimbing pelajar kurang cemerlang supaya dapat membantu satu sama lain. Kita tidak lagi mengasingkan kerana kita tidak mahu mementingkan pencapaian akademik semata-mata.
 
"Pendidikan mempunyai banyak aspek antaranya kerjasama, komunikasi, kolaborasi dan kreativiti yang perlu didedahkan kepada anak-anak dan mahu mereka menolong antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan sesi persekolahan hari pertama di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (1) hari ini.
 
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin baru-baru ini berkata amalan pengasingan kelas mengikut tahap penguasaan akademik murid dan sekolah kawalan dihentikan, manakala kaedah pengasingan rasmi seperti Ujian Kemasukan Tahun Satu juga perlu dimansuhkan sepenuhnya bermula 2019.
 
Beliau dilaporkan berkata amalan berkenaan bukan dasar pendidikan namun dilakukan pihak sekolah bagi meningkatkan pencapaian akademik mengikut Gred Purata Sekolah (GPS).
 
Mengulas lanjut, Roaini berkata pelajar tingkatan 4 dan 5 diasingkan mengikut pemilihan aliran dan mata pelajaran serta pengasingan tersebut dibuat bukan berdasarkan akademik tetapi kecenderungan pelajar.
 
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Putrajaya Presint 11 (1), Mohd Shahizan Abdullah berkata pihaknya menyambut baik cadangan di sekolah itu dan ibu bapa turut bersetuju serta memahami langkah positif dalam meningkatkan keberkesanan pembelajaran.
 
“Saya berharap amalan berkenaan berjaya dan berkesan yang mana murid cemerlang dapat membantu pelajar lemah,” katanya



Thus Article Tiada lagi pengasingan kelas di Putrajaya

Itulah artikel Tiada lagi pengasingan kelas di Putrajaya Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tiada lagi pengasingan kelas di Putrajaya dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/tiada-lagi-pengasingan-kelas-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tiada lagi pengasingan kelas di Putrajaya"

Post a Comment