Tajuk : [Video KECAMAN DAN DOA LAKNAT Takkan dilupa, kata Pemimpin AMANAH] Adun Bukit Baru (Pas) dipelawa sertai AMANAH
link : [Video KECAMAN DAN DOA LAKNAT Takkan dilupa, kata Pemimpin AMANAH] Adun Bukit Baru (Pas) dipelawa sertai AMANAH
[Video KECAMAN DAN DOA LAKNAT Takkan dilupa, kata Pemimpin AMANAH] Adun Bukit Baru (Pas) dipelawa sertai AMANAH
Selasa, 2 Disember 2018Adun Bukit Baru dipelawa sertai AMANAH
Ketua Parti AMANAH Bukit Katil, Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, sudah sampai masanya Adun Bukit Baru Dr Md Khalid Kassim dan tiga orang kanannya memikirkan hala tuju politik yang baharu.
“Bukan jadi rahsia lagi bahawa Dr Md Khalid Kassim berperang dingin dengan Pas Kawasan Bukit Katil dan Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka.
“Beliau sekarang ini dilihat bergerak sendiri bersama tiga penyokong kuat beliau iaitu Yusof Wahab, Yayah Md Deris dan Ibrahim Duralim,” kata beliau kepada Malaysia Dateline semalam.
Mohd Sofi Wahab
Kata Sofi, semua program beliau diatur sendiri tanpa sokongan dan dokongan Pas Negeri dan Pas Kawasan Bukit Katil.
Perkara ini terjadi katanya, selepas Dr Khalid dan ketiga-tiga pendokongnya tewas pada pemilihan 2017 dahulu.
“Berlaku pertembungan antara mereka dan pimpinan Pas Kawasan sekarang sehingga mereka semua tewas dengan perancangan kepimpinan sekarang.
“Sejak itu mereka tidak memegang apa-apa jawatan di peringkat negeri maupun kawasan.
“Hanya Pas Pusat yang menghargai ketokohan dan pengalaman Dr Khalid dengan melantik Adun tunggal Pas Melaka itu menjadi AJK Pas Pusat,” kata Naib Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka itu.
Pas Negeri dan Kawasan jelasnya, langsung tidak menghargai beliau malah Dr Khalid dan tiga orang kanannya itu sering ‘diserang’ oleh kepimpinan negeri dan kawasan pada program-program dalaman parti dan program-program umum di surau dan markaz.
“Tindakan Pas Negeri dan Kawasan itu jelas membelakangkan Pas Pusat yang melantik Dr Khalid sebagai AJK Pas Pusat.
“Sejak itu Dr Khalid dan orang-orang kanannya sangat jarang dilihat hadir pada program-program anjuran Pas Negeri dan Kawasan.
“Perseteruan sesama sendiri dalam parti sepatutnya tidak berlaku sehingga menimbulkan ‘perang dingin’ dan pertelingkahan secara terbuka,” sambung beliau.
Menurut Sofi, AMANAH membuka pintu seluas-luasnya untuk mereka bersama kami demi meneruskan perjuangan Islam yang membawa rahmat ke seluruh alam. Bukan perjuangan yang menimbulkan permusuhan sesama sendiri tanpa kesudahan.
“Perjuangan kami merentasi sempadan perkauman, agama dan ideologi.
“Dr Khalid sudah pasti dihargai dan diberikan peranan yang sesuai dengan karisma, kepakaran dan ketokohan beliau di dalam AMANAH di semua peringkat,” katanya.
Malaysia Dateline
Thus Article [Video KECAMAN DAN DOA LAKNAT Takkan dilupa, kata Pemimpin AMANAH] Adun Bukit Baru (Pas) dipelawa sertai AMANAH
Itulah artikel [Video KECAMAN DAN DOA LAKNAT Takkan dilupa, kata Pemimpin AMANAH] Adun Bukit Baru (Pas) dipelawa sertai AMANAH Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel [Video KECAMAN DAN DOA LAKNAT Takkan dilupa, kata Pemimpin AMANAH] Adun Bukit Baru (Pas) dipelawa sertai AMANAH dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/video-kecaman-dan-doa-laknat-takkan.html
0 Response to "[Video KECAMAN DAN DOA LAKNAT Takkan dilupa, kata Pemimpin AMANAH] Adun Bukit Baru (Pas) dipelawa sertai AMANAH"
Post a Comment