Amanah jawab Hadi, Islam pecah belah kerana kafir-mengkafir

Amanah jawab Hadi, Islam pecah belah kerana kafir-mengkafir - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Amanah jawab Hadi, Islam pecah belah kerana kafir-mengkafir, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Amanah jawab Hadi, Islam pecah belah kerana kafir-mengkafir
link : Amanah jawab Hadi, Islam pecah belah kerana kafir-mengkafir

Baca juga


Amanah jawab Hadi, Islam pecah belah kerana kafir-mengkafir

Islam pecah belah kerana kafir-mengkafir

PENGERUSI Amanah Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata kewujudan parti itu bukanlah penyebab umat Islam berpecah belah seperti didakwa Presiden PAS Abdul Hadi Awang. 

 Sebaliknya, perpecahan di kalangan orang Islam berlaku disebabkan oleh sikap ekstrem pemimpin serta parti Islam tertentu, katanya. 

 "Wujudnya Amanah bukan akan menyebabnya Muslim berpecah kerana Indonesia dan negara Arab punyai berpuluh parti Islam. Tiada perpecahan. 

"Yang memecah-belahkan umat Islam adalah sikap ekstrem parti yang mempunyai sikap keras seperti kafir mengkafir dan hukum 'halal darah' sesama Islam," katanya.

 Beliau menjawab kenyataan Hadi disiarkan lidah parti Umno, Mingguan Malaysia hari ini yang mendakwa kewujudkan Amanah menyebabkan perpecahan umat Islam dan undi Melayu. 

 Hadi mendakwa demikian kerana Amanah bertanding di kerusi yang ditandingi PAS secara turun temurun. 

 Mengulas perkara itu, Raja Kamarul Bahrin yang juga ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata Amanah hadir untuk membolehkan rakyat memilih parti yang mahu perubahan. 

 "Kita kena tengok dari segi kehendak rakyat yang mahu perubahan. Rakyat akan menilai parti mana bersungguh-sungguh nak jatuhkan BN dan Umno. 

"Amanah lagi vokal berbanding PAS yang banyak berkecuali. Misalnya (semasa) undian di Parlimen, PAS sering undi berkecuali dan langsung tidak membangkang. 

 "Manakala Amanah lebih lantang dan dinamik baik di Parlimen mahupun peringkat negeri-negeri. Rakyat tidak mahu orang kata pertandingan persahabatan,” katanya. 

Beliau mengulas dakwaan Hadi hari ini yang tidak berpuas hati kerana Amanah mahu bertanding di kerusi tradisi PAS dalam pilihan raya akan datang. 

Kenyataan Hadi itu turut ditangkis Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub yang menjelaskan, kewujudan Amanah adalah untuk menebus kegagalan PAS ketika berada dalam Pakatan Rakyat. 

"Kita sudah (ditubuhkan selama) dua tahun sedangkan hakikat kewujudan kita adalah untuk melangsungkan apa yang PAS gagal bawa semasa pakatan rakyat.

 "Isu kata (Amanah) pecah belah umat Islam, undi Melayu adalah isu lama. Kita hidup pada garisan demokrasi. Sebelum ini PAS meruntuhkan Pakatan Rakyat. 

“Kelahiran Amanah melangsungkan ikatan pembangkang yang mana disambut dengan PKR dan DAP," katanya.l

 Mengulas dakwaan Hadi bahawa Amanah akan berkubur sepertimana parti serpihan PAS yang lain, Salahuddin berkata, ia menunjukkan Hadi memandang rendah partinya. 

 Ia turut menunjukkan presiden PAS itu cemburu dengan Amanah yang masih kekal dan diterima dalam gabungan parti Pakatan Harapan. 

 "Jauh di sudut hati dia (Hadi Awang) sebenarnya cemburu dengan kewujudan Amanah kerana dengan doa sehingga kini kita (Amanah) ini masih tak mati-mati,” kata Salahuddin kepada The Malaysian Insight. 

 Salahuddin juga menjelaskan, Amanah turut bertanding di kerusi PAS kerana konsisten dalam menentang Umno, tidak seperti parti Islam itu yang kini mesra dengan Umno. 

 "PAS tidak akan berjaya melawan Umno berseorangan. Kami (Amanah) konsisten mahu melawan Umno. Mereka cakap lawan Umno, mutakhir mereka mesra Umno. 

 "Kami tidak pernah berganjak menentang Umno. (Tetapi apa pendirian) PAS? Dalam sidang Parlimen pun tidak berdaya menentang Umno," katanya lagi. 

 Parti Amanah yang diterajui Mohamad Sabu sebagai presiden ditubuhkan pada 2015. 

 Antara ahli Parlimen PAS yang turut menyertai parti tersebut ialah Khalid Samad, Dr Mariah Mahmud, dan Dr Dzulkefli Ahmad. – Themalaysianinsight


Thus Article Amanah jawab Hadi, Islam pecah belah kerana kafir-mengkafir

Itulah artikel Amanah jawab Hadi, Islam pecah belah kerana kafir-mengkafir Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Amanah jawab Hadi, Islam pecah belah kerana kafir-mengkafir dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/amanah-jawab-hadi-islam-pecah-belah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Amanah jawab Hadi, Islam pecah belah kerana kafir-mengkafir"

Post a Comment