Ape ke bende ni pulak Azmin, nak lingkupkan Selangor ke?

Ape ke bende ni pulak Azmin, nak lingkupkan Selangor ke? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ape ke bende ni pulak Azmin, nak lingkupkan Selangor ke?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ape ke bende ni pulak Azmin, nak lingkupkan Selangor ke?
link : Ape ke bende ni pulak Azmin, nak lingkupkan Selangor ke?

Baca juga


Ape ke bende ni pulak Azmin, nak lingkupkan Selangor ke?

February 2, 2018
DAP, Amanah tak tahu 80% kerusi DUN diagih seperti didakwa Azmin
Minderjeet Kaur
PETALING JAYA: Amanah dan DAP hari ini berkata, mereka tidak tahu rundingan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, selepas menteri besar Selangor itu berkata 4 mesyuarat diadakan dengan sekutu Pakatan Harapan (PH) dalam memutuskan pembahagian 80% kerusi.

Sebaliknya, Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim berkata, mereka hanya dipelawa untuk membincangkan strategi pilihan raya PH.

“Kami diberi mandat untuk menghadiri mesyuarat itu bagi membincangkan strategi pilihan raya, termasuk jentera, bukannya rundingan kerusi,” katanya kepada FMT hari ini.

Beliau berkata, permintaan untuk jawatankuasa khas membincangkan pengagihan kerusi DUN diabaikan Azmin.

“Kami menulis surat untuk mesyuarat khas mengenai perkara itu, tetapi mereka tidak mengadakan mesyuarat,” katanya sambil menambah Amanah meminta penubuhan jawatankuasa khas dalam mesyuarat membincangkan jentera pilihan raya gabungan itu.

Izham menafikan dakwaan Azmin yang mempersoalkan Amanah hari ini kerana mendakwa tiada mesyuarat bagi membincangkan pembahagian kerusi dalam kalangan PH.

Tetapi, Izham berkata, DAP turut menyuarakan kebimbangan sama.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua ketika dihubungi berkata, beliau tidak tahu 80% kerusi DUN di negeri itu sudah diagihkan seperti didakwa Azmin.

Beliau berkata, partinya menghadiri 4 mesyuarat jawatankuasa pilihan raya yang dipengerusikan Adun Sri Andalas daripada PKR, Dr Xavier Jeyakumar, tetapi bukan untuk rundingan pembahagian kerusi DUN.

“Ini kerana ahli jawatankuasa itu berbeza,” katanya kepada FMT sambil menambah Azmin perlu mengadakan satu mesyuarat untuk menyelesaikan perkara itu.

Azmin sebelum ini menolak keperluan menubuhkan jawatankuasa khas bagi membincangkan pengagihan kerusi DUN Selangor.

Timbalan presiden PKR itu turut menafikan tarikh akhir ditetapkan untuk rundingan itu, seperti dinyatakan Pengarah Strategi Amanah, Dzulkefly Ahmad.

Cer baca: Makcik Bawang dan Tabib Kunyit dalam HARAPAN


Thus Article Ape ke bende ni pulak Azmin, nak lingkupkan Selangor ke?

Itulah artikel Ape ke bende ni pulak Azmin, nak lingkupkan Selangor ke? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ape ke bende ni pulak Azmin, nak lingkupkan Selangor ke? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/ape-ke-bende-ni-pulak-azmin-nak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ape ke bende ni pulak Azmin, nak lingkupkan Selangor ke?"

Post a Comment