Benarkah Pas model terbaik

Benarkah Pas model terbaik - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Benarkah Pas model terbaik, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Benarkah Pas model terbaik
link : Benarkah Pas model terbaik

Baca juga


Benarkah Pas model terbaik


Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia,  Muhammad Khalil Abdul anak Hj Hadi berkata, nak bawa negara kita ini ke arah yang lebih baik, kita ambil contoh Negeri Kelantan hat kita perintah. 

“Di Kelantan, Laporan Audit Negara menyebut Kelantan negeri terbaik mengurus kewangan, dapat markah 99.0 peratus, lebih baik daripada negeri-negeri diperintah oleh Umno, DAP dan juga PKR. 

Negeri Kelantan adalah terbaik. Inilah dia model kalau rakyat beri mandat kepada PAS untuk memerintah negeri-negeri lain termasuk Negeri Terengganu, termasuklah kerajaan pusat sekalipun. ~ Harakahdaily

Benarkah Pas Kelantan model terbaik 

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2016, Negeri-negeri Pakatan Harapan mencatatkan tunggakan hutang paling minima dan ada yang nil!

 Hutang pada akhir Tahun 2016 :

1) Kelantan (PAS) : RM391.89 Juta
2) Selangor (Pakatan Harapan) : RM14.67 Juta
3) Penang (Pakatan Harapan) : Tiada Hutang

Tak tahulah macamana Laporan Audit Negara boleh beri markah 99% kepada Kelantan!

Kelantan Tidak Cukup Wang Nak Bayar Gaji Kaki Tangan

Kah! Kah! Kah! Macamana mahu dijadikan model kalau nak bayar gaji kakitangan dan penjawat awamnya pun tak cukup duit dan terpaksa minta dari Kerajaan Pusat?

PM Najib ketika berucap sewaktu kunjungannya ke Kelantan baru-baru ini berkata, kerajaan negeri tidak akan mampu membayar gaji penjawat awamnya jika tidak kerana suntikan dana dari Putrajaya.

Menurutnya, Kelantan menertima bantuan 1991- 2005 EPU sebanyak RM12 bilion dan pada 2006- 2018 sebanyak RM14.6 bilion.

Selain dihimpit dengan masalah kewangan, Kelantan masih berlarutan berhadapaan dengan masalah bekalan air.

Pembangunan Kelantan Lembab

 Timb Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar mengakui sendiri tentang pembangunan Kelantan lembab.

Beliau berkata pembangunan negeri itu tercorot berbanding negeri lain adalah sesuatu yang disengajakan.
 "Kalau kita cepatkan pembangunan, ambil dasar yang bebas kita boleh setanding dengan negeri seperti Selangor, tapi bahayanya kita risau rakyat akan ketinggalan. 
 "Di Langkawi orang minum arak macam minum air sejuk. Orang boleh beli arak secara terbuka. Akhirnya sebahagian besar anak-anak muda di Langkawi rosak daripada aspek sosial," katanya. 
 “Orang kampung tak mampu turut dengan pembangunan," katanya dalam ceramah isu-isu semasa PAS Kawasan Pengkalan Chepa, di Kota Bharu, malam tadi.~ sumber
 Kelantan juga masih gagal membela nasib rakyatnya yang menjadi mangsa Banjir Kuning 2014 dulu yang menyebabkan ratusan rumah penduduk hancur atau pun musnah sama sekali. Ramai yang masih merempat tinggal di pondok-pondok usang tanpa kemudahan asas sewajarnya.

Pas Kelantan Berdepan dengan masalah saman

 Macam mana Kelantan nak jadi model sedangkan negeri itu berdepan dengan tindakan saman oleh beberapa pihak tertentu.

Pada 1 Mac 2017, hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu membuat keputusan menyebelahi firma Dae Hanguru Infra Sdn Bhd dalam samannya ke atas anak syarikat kerajaan negeri - Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd.

Kontrektor dari Korea, Dae Hanguru Infra dikatakan mengemukakan saman sebanyak RM230 juta terhadap Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan Baldah Toyyibah syarikat yang mengendali urusan pembinaan Lebuh Raya Rakyat (Lerek) apabila kontreknya untuk membina lebuh raya itu dibatalkan.

Pada 31 Dis 2017, anak syarikat kerajaan negeri, Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) membayar tuntutan ganti rugi sejumlah RM 5,012,104.10 kepada AS Timber Trading

Dilaporkan, terdapat beberapa kes lain yang sedang dalam perbicaraan di mahkamah melibatkan kerajaan negeri atau pimpinan PAS.

 Antaranya saman ke atas Kijang Kuar, saman balas ke atas Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK), saman ke atas dua pimpinan PAS berkaitan sebidang tanah di Rantau Panjang, saman Orang Asli ke atas kerajaan negeri dan beberapa agensi serta tiga kes lain.

Sejahtera Bersama Islam Hanya Rethorik

Hj Hadi jadi MB sewaktu Pas memerintah Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004 telah merugikan duit rakyat Trengganu kerana terpaksa membayar saman kepada syarikat konsesi balak iaitu Syarikat Riyapadu Sdn Bhd (Riyapadu) sejumlah RM1 bilion. Macam ini pun ada hati nak perintah Negara?

 Pas mentadbir Harakah pun gagal hingga menyebabkan akhbar itu nazak akibat di bebani hutang kepada syarikat pencetaknya sejumlah RM2.2 juta! Macam ini pun ada hati nak perintah Negara?

 ‘Sejahtera Bersama Islam’ yang diwiridkan Hj Hadi itu hanyalah retorik semata-mata.Pas gagal membawa kesejahteraan bersama perjuangan Islamnya.

 Pas Kelantan nak bawa Hudud pun gagal. Walaupun Hudud ditukar jadi pindaan RUU355, namun masih juga gagal...nak harapkan Pas bawa kesejahteraan? Jangan mimpilah!

Jika rakyat Malaysia mahu menjadikan Kelantan yang terus mundur dan terus ketinggalan dari arus pembangunan perdana sebagai model, maka teruskanlah mengundi Pas...

Masih lagi mahu jadikan Pas Kelantan sebagai model ke arah yang lebih baik? Jangan bermimpilah!

Rakyat Kelantan mesti berani membuat perubahan. Jika mahu perubahan, undilah Pakatan Harapan!


Thus Article Benarkah Pas model terbaik

Itulah artikel Benarkah Pas model terbaik Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Benarkah Pas model terbaik dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/benarkah-pas-model-terbaik.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Benarkah Pas model terbaik"

Post a Comment