‘Datuk’ dari Husam, Wan Rahim ditarik balik

‘Datuk’ dari Husam, Wan Rahim ditarik balik - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ‘Datuk’ dari Husam, Wan Rahim ditarik balik, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : ‘Datuk’ dari Husam, Wan Rahim ditarik balik
link : ‘Datuk’ dari Husam, Wan Rahim ditarik balik

Baca juga


‘Datuk’ dari Husam, Wan Rahim ditarik balik

Sultan Kelantan tarik gelaran ‘Datuk’ dari Husam, Wan Rahim
Zulkifli Sulong  · Diterbitkan pada 7 Feb 2018 10:19AM
DUA pemimpin Amanah Kelantan, Husam Musa dan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah memulangkan semula darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Sultan Kelantan hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Februari, 2018

DUA pemimpin Amanah Kelantan, Husam Musa dan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah memulangkan semula darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Sultan Kelantan selepas diarahkan berbuat demikian oleh Istana Kelantan.

Husam dan Wan Abdul Rahim mendedahkan, mereka menerima surat dari Setiausaha Kerajaan Kelantan petang semalam yang memaklumkan Sultan Muhammad V berkenan menarik balik tauliah pelantikan yang membawa gelar Datuk Paduka.

"Menjunjung sebagaimana dititahkan, kami berdua telah mengembalikan Darjah Kebesaran dan surat pelantikan yang berkaitan kepada Yang Amat Berusaha Pengelola Istana Diraja pada hari ini, 7 Februari, 2018 di Istana Balai Besar.

"Kami mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi menjunjung kasih dan mengulangi taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhamad V," kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Wan Rahim ketika dihubungi The Malaysian Insight berkata beliau menerima surat itu petang semalam kira-kira 5.15 petang.

"Ya saya terima surat itu semalam, dan pagi ini kami serahkan kembali (darjah kebesaran)," kata Wan Rahim yang merupakan pengerusi Amanah Kelantan.

Husam yang juga bekas exco kerajaan negeri kini pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan dan juga penasihat Amanah Kelantan. – 7 Februari, 2018.


Thus Article ‘Datuk’ dari Husam, Wan Rahim ditarik balik

Itulah artikel ‘Datuk’ dari Husam, Wan Rahim ditarik balik Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel ‘Datuk’ dari Husam, Wan Rahim ditarik balik dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/datuk-dari-husam-wan-rahim-ditarik-balik.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "‘Datuk’ dari Husam, Wan Rahim ditarik balik"

Post a Comment