Kerajaan Pakatan akan tukar cara peguam negara, pegawai tinggi dilantik

Kerajaan Pakatan akan tukar cara peguam negara, pegawai tinggi dilantik - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kerajaan Pakatan akan tukar cara peguam negara, pegawai tinggi dilantik, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kerajaan Pakatan akan tukar cara peguam negara, pegawai tinggi dilantik
link : Kerajaan Pakatan akan tukar cara peguam negara, pegawai tinggi dilantik

Baca juga


Kerajaan Pakatan akan tukar cara peguam negara, pegawai tinggi dilantik


KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) akan menubuhkan jawatankuasa dwipartisan untuk menyemak pegawai-pegawai tinggi yang dilantik untuk memegang jawatan-jawatan utama, kata Dr Mahathir Mohamad. 

 Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata ia mahu memastikan lantikan ini dilakukan secara telus dan selaras dengan pembaharuan yang mahu diperkenalkan apabila PH mengambil alih Putrajaya. 

 "Setiap calon boleh disemak oleh pembangkang seperti jawatan peguam negara, ketua polis negara.

 "Kami mengalu-alukan pembangkang turut serta dalam urusan kerajaan," kata Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini. 

 Dr Mahathir berkata PH juga akan meneliti peranan speaker Parlimen yang menurutnya tidak adil. 

 "Kami akan mempunyai speaker (Parlimen) yang tertakluk kepada pilihan dwipartisan. Speaker tidak boleh lagi bertindak seperti yang dia kehendaki dengan menolak soalan-soalan tertentu yang memberi gambaran buruk kepada kerajaan yang berkuasa," kata Dr Mahathir. 

 Walaupun tidak menolak kemungkinan akan meminda Perlembagan bagi melaksanakan rancangan PH, Dr Mahathir berkata pakatan pembangkang itu akan mencari cara lain untuk mengelaknya. 

 "Kami mungkin akan pinda. Tetapi kalau boleh, kami tak mahu. Kami akan cari jalan untuk laksana rancangan kami," kata Dr Mahathir. 

 Apabila ditanya mengapa pembaharuan ini tidak dilakukan ketika beliau memerintah, Dr Mahathir berkata kerajaannya ketika itu memetuhi undang-undang, tidak seperti yang berlaku semasa pemerintahan Najib sekarang. 

Katanya, perlu ada pemisahan kuasa bagi memastikan kerajaan dilihat adil dan telus. 

 "Perdana menteri yang mewakili badan perundangan tidak boleh mengawal kuasa eksekutif atau hakim seperti yang berlaku baru-baru ini di mana hakim yang sudah bersara terus berkhidmat. Ini perlu dihentikan." 

 Dr Mahathir tidak menyatakan secara spesifik, tetapi Ketua Hakim Negara Md Raus Sharif yang sepatutnya bersara pada Ogos tahun lalu telah dilantik sebagai hakim tambahan di Mahkamah Persekutuan walaupun sudah mencapai umur bersara wajib. 

 Umur persaraan hakim ialah 66 tahun dan enam bulan.

 Lanjutan pelantikan Raus itu mendapat kritikan Majlis Peguam dan menyifatkan ia tidak berperlembagaan. 

 Kali terakhir berlaku kontroversi dalam bidang kehakiman ialah ketika kerajaan Dr Mahathir memecat lima hakim utama pada 1998. – 6 Februari, 2018. ~ Themalaysianinsight


Thus Article Kerajaan Pakatan akan tukar cara peguam negara, pegawai tinggi dilantik

Itulah artikel Kerajaan Pakatan akan tukar cara peguam negara, pegawai tinggi dilantik Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kerajaan Pakatan akan tukar cara peguam negara, pegawai tinggi dilantik dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/kerajaan-pakatan-akan-tukar-cara-peguam.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan Pakatan akan tukar cara peguam negara, pegawai tinggi dilantik"

Post a Comment