Tajuk : Dedah Temberang dan Kelentong Lebai Marang
link : Dedah Temberang dan Kelentong Lebai Marang
Dedah Temberang dan Kelentong Lebai Marang
'PAS pun ada kritik 1MDB dan Najib, tapi secara tertutup'
Korang boleh percayakah bahawa Hj Hadi turut mengkritik isu skandal 1MDB, malah menegur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, secara tertutup?
Apalah halnya, sebagai seorang ahli parlimen tidak berani menegur skandal 1MBD secara terbuka di parlimen?
Alahai Lebai, ko tu bukan penasihat peribadi Najib maka ko nak tegur Najib secara tertutup...Jangan nak perasanlah!!
Jom baca dulu temberang dan kelentong Lebai Marang ni!
Menurut presiden PAS itu, beliau dan pemimpin partinya bercakap tentang isu 1MDB di parlimen dan turut meminta Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat.
Namun, menurut anggota parlimen Marang itu, perkara itu tidak disiarkan kerana media tidak mesra dengan PAS.
“Kami juga berjumpa Najib. Kami berjumpa dia tetapi tak minta projek dengannya. Kami tegur dia. Kami tak hanya tegur dia di Parlimen tetapi kami juga kata kepadanya secara bersemuka.
“Jika dia zalim, kami kata dia zalim di depannya. Kami tak takut. Kami buat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dulu juga,” kata Abdul Hadi seperti dipetik The Malaysian Insight. ~ MalaysiakiniBegitulah temberang dan kelentong Lebai Marang bila ada seorang hadirin yang hadir ketika majlis soal jawab bersama Presiden PAS, Hj Hadi dengan NGO India di Pulau Pinang secara terus terang dihadapan Presiden parti islam itu berkata tidak lagi menyokong PAS.
"Saya ni penyokong PAS dari dulu. Tapi sekarang tidak la, cakap betul. "Dirumah saya pacak bendera PAS semua dulu. Cina Melayu India pakai baju PAS dulu, tapi sekarang hmm...
"Sejak kenal dengan Najib, Tuan Guru dah tukar haluan dah, ini cakap benar apa yang kita rasa," kata hadirin yang memperkenalkan namanya sebagai Wilson.
Sebelum itu Wilson menanyakan mengapa Hadi dilihat senyap dalam membangkit mengenai isu 1MDB. Sila Ikuti rakaman vdonya : di sini
Berikut pula komen YB Hanpa Maidin :
Hebat Pak haji konar baring!
1. Saya membaca laporan media berhubung sessi dialog antara Presiden parti suci dan NGO India di Kepala Batas, Pulau Pinang.
2. Dia kata dia dan pemimpinnya juga berckp tentang 1MDB di Parlimen. Dia juga kata parti suci adalah pembangkang yang menasihati , bukan hanya marah.
3. Dia juga kata partinya juga nasihati MO1 secara tertutup. Dia kata parti suci bukan shj tegur MO 1 di Parlimen tapi juga tegurnya secara bersemuka.
4. Beliau juga kata PKR adalah opportunist dan tidak konsisten dan DAP pula chauvinist. Kena komen lah sikit.
a. Saya dok cari ada tak satu ayat dri beliau berbentuk pengakuan salah..tak jumpa satu pun..semua orang lain yg salah.
b. Tegur MO1 dalam Parlimen dan ada juga tegur 1MDB .. Maaflah..dengan orang yang tak tahu boleh lah ..dengan kami yang selalu ada kat Parlimen kadangkala sampai lewat mlm dan lewat pagi, jangan nak temberang lah.
c Isu 1MDB ini isu terbuka pak Aji di dalam dan di luar negara. So tegurlah cara terbuka bukan tertutup- kalau betul lah ada tegur cara tertutup. Yang kami tahu secara terbuka Pak Aji bela MO1 dalam isu 1MDB. Tak payah nafi lah..semua orang tahu. d.Satu lagi nak tegur dalam Parlimen kena selalu ada dalam Parlimen Pak Aji.Baru betul. Jika x selalu ada dalam Parlimen , lebih mulia kata begini dalam dialog tu "maaflah saya selalu tak hadir Parlimen ,maka saya akui saya amat kurang tegur dalam Parlimen." Tak mulia ke jika jujur ?
d. Kami pembangkang yang menasihati bukan marah. Tambah lah sikit Pak Aji..kami juga pembangkang yang hubbul berkecuali ( suka berkecuali) sebab tu MO1 puji saya dlm TV.
e. PKR opputunist dan x konsisten. Kami yang setuju dalam Mktmr putuskan hbgn dgn PKR sebab tu kami masih tak malu masih duduk kat Kerajaan Selangor. Tu bukan opportunist. Kami yg mula-mula cadang Presiden PKR sebagai calon no 1 MB Selangor, lps tu tukar beberapa kali hingga satu ketika bagi semua nama calon MB S'gor dari parti suci kpd Istana. Itulah konsisten !!!!!! Hangpa mana tahu.
f. DAP chauvinist..dulu masa dlm PR tak pernah dengar tuduhan dari Pak Aji ke atas Dap.La ni sejak dah "berasmara dana" dgn parti sarkas dah dengar mcm-mcm tuduhan ke atas DAP. Hidup pak Aji!!!
Thus Article Dedah Temberang dan Kelentong Lebai Marang
Itulah artikel Dedah Temberang dan Kelentong Lebai Marang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Dedah Temberang dan Kelentong Lebai Marang dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/dedah-temberang-dan-kelentong-lebai.html
0 Response to "Dedah Temberang dan Kelentong Lebai Marang"
Post a Comment