Komponen PH diminta agar menyokong calon yang diletakkan walaupun bukan dari parti mereka

Komponen PH diminta agar menyokong calon yang diletakkan walaupun bukan dari parti mereka - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Komponen PH diminta agar menyokong calon yang diletakkan walaupun bukan dari parti mereka, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Komponen PH diminta agar menyokong calon yang diletakkan walaupun bukan dari parti mereka
link : Komponen PH diminta agar menyokong calon yang diletakkan walaupun bukan dari parti mereka

Baca juga


Komponen PH diminta agar menyokong calon yang diletakkan walaupun bukan dari parti mereka

Kenapa Mahathir kata jangan setia parti sendiri untuk menang
SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI -  4 FEBRUARI 2018
SEBERANG JAYA - Kesemua ahli parti dalam Pakatan Harapan diminta agar mengundur satu langkah dalam kesetiaan terhadap parti masing-masing bagi memastikan kemenangan berpihak kepada pembangkang untuk merampas Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) kelak.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sekiranya kesetiaan terhadap parti masing-masing tidak pudar, maka pembangkang akan terus membangkang di negara ini.

Beliau turut meminta kesemua ahli parti komponen Pakatan Harapan agar menyokong calon yang diletakkan di sesebuah kawasan walaupun calon tersebut bukan dari parti mereka.

"Untuk kita menang, kita kena bersatu. Menubuhkan satu gabungan bukan mudah. Masing-masing ada kesetiaan terhadap parti mereka. Tapi kita tak boleh terus begitu.

"Tapi kalau kita terlalu setia sangat dengan parti kita, kita tak akan menang. Kita ke belakang sikit dan utamakan Pakatan Harapan, mesti kemenangan akan berpihak kepada kita," katanya ketika berucap di hadapan 2,000 penyokong di Konvensyen Pakatan Harapan Pulau Pinang 2018 tadi.

Pengerusi Bersatu itu walau bagaimana pun mengakui pakatan itu sedang berusaha bersungguh-sunguh untuk memenangi PRU14.

"Kita kena tukar parti untuk kepentingan perjuangan. Hubungan rapat amat penting, tolong menolong dalam pilihanraya. Empat buah parti akan sokong satu calon. Siapa sahaja calon Pakatan Harapan, kita kena sokong.

"Apa yang saya cakap malam ini, amat penting. Kita kena campur-campur semua. Tak boleh sini biru, sini merah, lagi satu (tempat) oren. Jika kita boleh bersatu, Putrajaya milik kita dan kita akan jadi kerajaan.

"Apa guna mendapat kawasan tetapi kalah? Kalah dengan tak dapat kawasan, kalah lebih dasyat dari tak dapat jadi calon," katanya.


Thus Article Komponen PH diminta agar menyokong calon yang diletakkan walaupun bukan dari parti mereka

Itulah artikel Komponen PH diminta agar menyokong calon yang diletakkan walaupun bukan dari parti mereka Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Komponen PH diminta agar menyokong calon yang diletakkan walaupun bukan dari parti mereka dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/komponen-ph-diminta-agar-menyokong.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Komponen PH diminta agar menyokong calon yang diletakkan walaupun bukan dari parti mereka"

Post a Comment