Isu NFC: Rasanya desakan untuk pencerahan ini logik

Isu NFC: Rasanya desakan untuk pencerahan ini logik - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Isu NFC: Rasanya desakan untuk pencerahan ini logik, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Isu NFC: Rasanya desakan untuk pencerahan ini logik
link : Isu NFC: Rasanya desakan untuk pencerahan ini logik

Baca juga


Isu NFC: Rasanya desakan untuk pencerahan ini logik

* Rasanya ianya patut supaya kita dapat mendengar sendiri isu yang melibatkan jutaan duit rakyat dari menteri yang bertenggungjawab ketika itu. Aku rasa Muhyiddin patut menyahut cabaran ini dan tidak patut berdiam diri setelah Rafizi mengorbankan diri di humban ke penjara kerana isu ini

Selasa, 13 Februari 2018 | 9:38pm
'Muhyiddin tak berani'
Oleh Nadia Hamid
nnadia@bh.com.my
PRESIDEN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR : Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin, dibidas kerana terus mendiamkan diri daripada tampil membuat sebarang pencerahan membabitkan isu National Feedlot Corporation (NFC).

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata Muhyiddin tidak berani tampil membuat pencerahan mengenai isu itu, yang cuba dikitar semula oleh pembangkang.

Beliau berkata, Muhyiddin lebih mengutamakan pembohongan pembangkang dan mengelak untuk memalukan rakan pembangkang jika tampil membuat pencerahan isu berkenaan.

"Sebab itu, alasan Ketua Penerangan PPBM (Datuk Kamaruddin Mohd Nor) supaya Muhyiddin tidak tampil buat kenyataan adalah tidak logik.

"Kalau pembangkang sendiri suka mengitar cerita lama, kenapa perlu ada pilih kasih, iaitu enggan membuat pencerahan sedangkan ketika itu beliau menyandang jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

"Justeru, Muhyiddin dan pembangkang bukanlah sebenarnya pejuang ketelusan. Mereka adalah pakar manipulasi terhadap sesuatu isu mengikut selera kepentingan politik mereka," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Mohd Puad turut mencabar Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, tampil dan mendesak Muhyiddin membuat pencerahan seperti yang pernah dituntutnya sebelum ini, iaitu Muhyiddin dihadapkan ke Jawatankuasa Kira-Kira (PAC).

Beliau mengulas kenyataan Kamaruddin dalam satu sidang media hari ini, bahawa Muhyiddin tidak perlu tampil kerana tidak lagi bertanggungjawab menjawab sebarang kemusykilan berhubung isu NFC berikutan tidak lagi bersama kerajaan.

Kamaruddin berkata, walaupun ketika kelulusan penubuhan NFC pada 2006, Muhyiddin menyandang jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, keputusan itu dibuat atas kapasiti kerajaan bukan atas kapasiti individu.

Semalam, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah, dilaporkan berkata serangan sepatutnya diarahkan kepada Muhyiddin yang pasti mempunyai maklumat terperinci berhubung perihal berkenaan.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, dalam catatan di blog rasminya pada 21 November 2011 mendakwa:

"Siapa lagi selain Muhyiddin yang patut dipertanggungjawabkan mengenai masalah NFC, di mana objektif projek ini adalah perusahaan ternakan lembu bagi memacu penghasilan daging negara yang mapan."

Kit Siang turut pernah mendesak supaya Muhyiddin dipanggil PAC bagi merungkai masalah dialami NFC.

NFC adalah syarikat milik Agroscience Industries Sdn Bhd dengan usaha sama kerajaan. Selepas siri penyiasatan dan prosiding mahkamah pada November 2015, Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, dibebaskan daripada sabitan empat pertuduhan pecah amanah (CBT), membabitkan nilai keseluruhan RM49.7 juta.


Thus Article Isu NFC: Rasanya desakan untuk pencerahan ini logik

Itulah artikel Isu NFC: Rasanya desakan untuk pencerahan ini logik Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Isu NFC: Rasanya desakan untuk pencerahan ini logik dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/isu-nfc-rasanya-desakan-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Isu NFC: Rasanya desakan untuk pencerahan ini logik"

Post a Comment