Yang penting 'masyuk':Tunduk lah terus kepada China…

Yang penting 'masyuk':Tunduk lah terus kepada China… - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Yang penting 'masyuk':Tunduk lah terus kepada China…, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Yang penting 'masyuk':Tunduk lah terus kepada China…
link : Yang penting 'masyuk':Tunduk lah terus kepada China…

Baca juga


Yang penting 'masyuk':Tunduk lah terus kepada China…

Tunduk lah terus kepada China…
Perumpamaan Cina kata tidak boleh ada dua naga dalam satu gua
RZ   13/02/2018  -   2 minit anggaran tempoh bacaan
IKUT saja apa yang China kata. Ikut saja apa China suruh kita buat. Ikut saja apa China janjikan. Hatta membantu China menghapuskan umat Islam sekalipun jangan kita bantah. Ikut saja. – Yang penting ‘masyuk’.

Biarlah Xing Xing dan Liang Liang bahagia, rakyat kita, umat Islam di mana-mana derita angkara China. Kalau Nuan Nuan boleh dihantar pulang ke China, apa sangat dengan etnik Uyghur yang rata-rata umat Islam, boleh saja dihantar pulang ke China. – Yang penting ‘masyuk’.

Dulu sebelum ditukar kepada Malaysia, bumi yang kita pijak sekarang bernama Tanah Melayu. Sekarang tanah milik Melayu sudah banyak terlepas kepada China dan Cina kafir laknatullah. Biarkan. – Yang penting ‘masyuk’.

Yang tinggal bagi Melayu sekarang ialah askar (Rejimen Askar Melayu Diraja) dan kereta api (Keretapi Tanah Melayu Berhad). Itupun sekarang ini ditulis sebagai KTM Berhad. Jarang ditulis Keretapi Tanah Melayu Berhad. Lama-lama generasi akan datang pun lupa kepada Melayu dalam kereta api itu. Biarkan – Yang penting ‘masyuk’.

Proton yang suatu ketika dulu menjadi kebanggaan rakyat Malaysia terlepas kepada syarikat China. Bos baru Proton dari China, Li Chunrong, bagi diskaun 10 peratus kepada orang Cina untuk beli kereta itu. Biarkan – Yang penting ‘masyuk’.

Dan, banyak lagi yang China tawarkan, termasuk ‘gundik-gundik’ yang bersepah di Bukit Bintang, Ipoh, Johor Bahru dan bandar-bandar besar lain. Biarkan. Bagilah lagi banyak visa. Macam sepanjang bulan lalu saja kita beri 327,000 visa kepada rakyat China. Nazri Aziz tentu gembira. – Janji ‘masyuk’.
________________________________________________________________________

Pedang bukan antipembangunan. Tapi pembangunan yang dibawa masuk khususnya China telah mengetepikan hak bangsa Melayu sebagai penduduk majoriti, sebagai bangsa pemilik Tanah Melayu.

Pembangunan yang dibawa itu disertai bersama angin derita buat bangsa Melayu dan umat Islam tak kira di mana. Pihak luar negara bagi hutang berbilion-bilion ringgit. Yang akan bayar ialah rakyat. Sesetengah duit hutang itu dicuri pula oleh pihak tertentu. Rakyat lah yang kena bayar.

Si pencuri hidup senang-lenang di luar negara. Balik Malaysia pun tak ada siapa berani tangkap. Tak ada siapa berani soal siasat. Kalau rakyat tiba-tiba ada RM1 juta, terus kena siasat di bawah pengubahan wang haram atau undang-undang lain.

Kalau pihak tertentu tiba-tiba boleh jadi kaya raya, main judi di Las Vegas berjuta-juta dolar, hidup mewah di luar negara, ada berjuta-juta ringgit hingga boleh terbitkan filem lucah, bila balik Malaysia tak ada pula yang berani kacau.

Dan, dalam pada kerajaan terus tunduk kepada komunis bintang lima, Pedang kasihan kepada umat Islam Uyghur majoritinya tinggal di wilayah Xinjiang, China. Mereka seakidah dengan kita, tapi kita layan ibu panda, bapa panda dan anak panda lebih baik daripada kita layan orang Uyghur.

Komunis China tekan mereka. Larang solat, larang puasa, larang membaca Quran, dilarang belajar bidang agama di luar negara. Mereka dituduh pengganas. 

Suatu ketika dahulu kita mengatakan komunis itu pengganas. Bintang Tiga atau Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) adalah pengganas. MPAJA bukan pejuang kemerdekaan, tapi mereka ingin membalas dendam kepada Jepun yang membunuh ramai orang Cina, sama ada di China atau di Tanah Melayu.

Tapi sekarang kerajaan kata komunis adalah rakan. Bintang Lima adalah rakan. Dulu kita halau komunis dari Tanah Melayu. Tapi sekarang kita bukan saja jemput mereka datang, tapi kita bagi lagi tanah kepada mereka.

Wahai bangsaku Melayu. Cina tak akan lupa perumpamaannya ‘tidak boleh ada dua naga dalam satu gua’. Simboliknya tidak boleh ada dua kuasa dalam satu negara. Fikir-fikirlah!

Kata Pedang: Benar sekali kata Najib Razak dalam Twitter ketika menzahirkan perasaan gembira dengan kelahiran terbaharu anak pasangan panda di Zoo Negara – “Nampaknya Xing Xing dan Liang Liang bahagia di Malaysia”. – Biarlah yang penting ‘masyuk’.


Thus Article Yang penting 'masyuk':Tunduk lah terus kepada China…

Itulah artikel Yang penting 'masyuk':Tunduk lah terus kepada China… Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Yang penting 'masyuk':Tunduk lah terus kepada China… dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/yang-penting-masyuktunduk-lah-terus.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Yang penting 'masyuk':Tunduk lah terus kepada China…"

Post a Comment