Kempen #undiRosak disifatkan sebagai kempen untuk orang kecewa

Kempen #undiRosak disifatkan sebagai kempen untuk orang kecewa - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kempen #undiRosak disifatkan sebagai kempen untuk orang kecewa, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kempen #undiRosak disifatkan sebagai kempen untuk orang kecewa
link : Kempen #undiRosak disifatkan sebagai kempen untuk orang kecewa

Baca juga


Kempen #undiRosak disifatkan sebagai kempen untuk orang kecewa

#UNDIROSAK: KEMPEN ORANG KECEWA
Norawazni Yusof
Zulkifli

KUANTAN - Kempen #undiRosak disifatkan sebagai kempen untuk orang kecewa.

Naib Pengerusi Amanah Pahang, Zulkifli Mohamed berkata, kempen tersebut mempunyai agenda tersendiri dan seolah-olah dirancang dengan rapi serta cuba mengambil kesempatan ke atas sentimen kekecewaan segolongan pihak terhadap isu yang melibatkan calon perdana menteri, parti dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Jadi pada mereka ini cara terbaik untuk menunjukkan rasa kekecewaan itu melalui kaedah memboikot dan menghasut rakyat agar melakukan undi rosak.

"Tapi, saya yakin kempen #undiRosak ini  merupakan kempen yang strategik, dilakukan secara halus oleh sekumpulan individu bagi memenuhi kehendak dan kepentingan diri sendiri," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kempen #UndiRosak digerakkan di laman sosial terutama Twitter, tidak bertujuan mempengaruhi kepercayaan pengundi, sebaliknya mahu 'mendidik' mereka untuk memberi pengajaran kepada pembangkang.

Perkara tersebut  timbul pada 7 Januari lalu selepas pembangkang menamakan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai calon perdana menteri jika menang PRU14.

Fokus utama ialah mengajak golongan muda merosakkan undi pada PRU14 akan datang.

Tanpa sebarang organisasi rasmi, aktivis berkempen melalui media sosial milik peribadi untuk mengajak masyarakat merosakkan undi.

Menyentuh mengenai perkara itu, Zulkifli turut berpendapat, motif sebenar kempen yang digerakkan ini tidak dapat dipastikan secara jelas.

Bagaimanapun, jelasnya, ia boleh memberi kesan bukan sahaja kepada satu-satu kawasan pilihan raya, malah turut melibatkan negara.

"Mengundi adalah hak setiap rakyat yang layak. Jika terpedaya dengan kempen ini, menjadikan suara rakyat tidak kedengaran. Seluruh rakyat Malaysia yang waras tidak perlu melayan kempen yang sia-sia ini," katanya.

Justeru itu, Zulkifli berkata, menjadi tanggungjawab Pakatan Harapan (Harapan) untuk meyakinkan  pengundi muda bahawa sekiranya golongan ini menolak kempen yang merosakkan demokrasi ini dan berfikiran waras dengan mengundi  Harapan dalam PRU14.

Jelasnya, Harapan akan cuba mengubah institusi pilihan raya di negara ini agar menjadi lebih telus, terbuka dan penuh integriti.

"Saya secara peribadi amat yakin dengan kebijaksanaan pengundi muda dan tidak mudah terpengaruh dengan kempen kotor seperti ini.

"Oleh itu jangan sesekali mensia-siakan undi anda atau terpengaruh dengan kempen yang tidak menguntungkan mana-mana pihak ini. Beri kepercayaan kepada Harapan, untuk kali ini jangan rosakkan undi anda, hanya kerana mengikut emosi atau terpedaya dengan pihak yang kecewa," katanya.


Thus Article Kempen #undiRosak disifatkan sebagai kempen untuk orang kecewa

Itulah artikel Kempen #undiRosak disifatkan sebagai kempen untuk orang kecewa Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kempen #undiRosak disifatkan sebagai kempen untuk orang kecewa dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/kempen-undirosak-disifatkan-sebagai.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kempen #undiRosak disifatkan sebagai kempen untuk orang kecewa"

Post a Comment