Ku Li masih simpan impian jadi PM?

Ku Li masih simpan impian jadi PM? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ku Li masih simpan impian jadi PM?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ku Li masih simpan impian jadi PM?
link : Ku Li masih simpan impian jadi PM?

Baca juga


Ku Li masih simpan impian jadi PM?

Soalan kepada Ku Li: ‘Have you changed your spots?’

  | February 4, 2018
Apakah Malaysia akhirnya akan mendapat PM yang tercicir di 1988 di dalam kerajaan perpaduan pertama negara?
KOMEN
Ketika ditanya apakah Tun Dr Mahathir Mohamad boleh berubah, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menjawab dengan satu persoalan, “Can a leopard change his spots? Maybe he can, we don’t know.”
Hari ini, soalan sama boleh ditanya kepada Ku Li, “Have you changed your spots?”
Jika dibandingkan umur, antara Dr Mahathir dan Ku Li perbezaannya sedekad lebih. Kini, Ku Li berumur 81 tahun dan Dr Mahathir 92 tahun. Perbezaan ini tidak besar, dan kedua mereka tergolong dalam generasi yang sama.
Seperti Dr Mahathir, ramai juga meragui bahawa Ku Li sudah berubah. Kebiasaannya orang yang tua-tua ini susah berubah. Jika Ku Li belum berubah, ini mungkin bermakna hasrat terpendamnya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti masih belum padam sepenuhnya.
Dan hasrat ini kelihatan timbul kembali apabila Ku Li meramalkan bahawa Malaysia mungkin berdepan situasi tiada mana-mana parti yang akan mendapat kerusi majoriti dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).
“Saya ingin sebut, dalam perbincangan dan perbualan saya dengan rakan dan kenalan, tidak sedikit yang membayangkan kemungkinan akan berlaku parlimen tergantung. Ia bermaksud pengundi mahukan satu kerajaan yang tidak memecah-belah, membabitkan semua parti politik, ditubuhkan. Ini adalah pada asasnya sebuah kerajaan perpaduan negara.
“Dalam keadaan ini, ketika semua parti perlu duduk bersama, kuasa Eksekutif perlu diketuai oleh seseorang yang boleh diterima oleh semua pihak dalam Dewan Rakyat. Dalam keadaan kedudukan ekonomi negara kini, individu itu perlulah seorang Ahli Parlimen yang mempunyai rekod yang sudah terbukti,” kata Ku Li baru-baru ini.
Persoalannya, siapakah ahli Parlimen yang mempunyai rekod yang sudah terbukti yang dimaksudkan Ku Li itu?
Meskipun Ku Li telah menyatakan hasratnya untuk bersara, tapi nampaknya hasratnya tidak akan tercapai untuk PRU14. Jika betul seseorang sudah bertekad untuk bersara, seseorang itu tidak akan lagi menunggu apa-apa keputusan orang lain sebelum membuat keputusan itu sendiri.
Jadi setakat ini Ku Li belum bertekad untuk bersara. Dalam keadaan Umno Gua Musang dan Kelantan masih memerlukannnya dan dengan “leopard’s spots” beliau sendiri yang belum berubah, beliau dijangka tidak akan menolak permintaan ahli dan rakyat Gua Musang untuk terus bertanding.
Dan hasrat ini jelas ketika Ku Li diasak soalan sama ada masih akan menerima jawatan PM yang pernah hampir dikecapinya.
Katanya: “Sekiranya ia adalah kehendak rakyat untuk menyelamatkan negara daripada kehancuran, maka seseorang itu harus akur, tidak kira betapa sukar sekalipun.”
Jika Ku Li bertanding lagi dan menang di PRU14, ia bakal merupakan kali ke 12 berturut-turut beliau memegang jawatan sebagai ahli Parlimen, pemegang rekod negara sebagai ahli Parlimen yang paling lama berkhidmat.
Prestasi dan rekod Ku Li dalam pentadbiran dan kewangan diakui ramai. Beliau ialah pengerusi pertama Petronas dan pernah menjawat menteri kewangan dari 1976 hingga 1984.
Siapa yang lebih layak daripada Ku Li dari sudut seorang “ahli Parlimen yang mempunyai rekod yang sudah terbukti” jika berlakunya parlimen tergantung di PRU14?
Apakah Malaysia akhirnya akan mendapat PM yang tercicir di 1988 di dalam kerajaan perpaduan pertama negara? Semua ini tidak mudah sebagaimana yang disebut Ku Li terhadap cita-cita Dr Mahathir untuk kembali menjadi PM – “it’s an uphill task”.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.


Thus Article Ku Li masih simpan impian jadi PM?

Itulah artikel Ku Li masih simpan impian jadi PM? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ku Li masih simpan impian jadi PM? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/ku-li-masih-simpan-impian-jadi-pm.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ku Li masih simpan impian jadi PM?"

Post a Comment