PELANCARAN BILIK GERAKAN PAKATAN HARAPAN N34 DUN SUNGAI RAPAT

PELANCARAN BILIK GERAKAN PAKATAN HARAPAN N34 DUN SUNGAI RAPAT - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PELANCARAN BILIK GERAKAN PAKATAN HARAPAN N34 DUN SUNGAI RAPAT, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PELANCARAN BILIK GERAKAN PAKATAN HARAPAN N34 DUN SUNGAI RAPAT
link : PELANCARAN BILIK GERAKAN PAKATAN HARAPAN N34 DUN SUNGAI RAPAT

Baca juga


PELANCARAN BILIK GERAKAN PAKATAN HARAPAN N34 DUN SUNGAI RAPAT


Pakatan Harapan Negeri Perak menunjukan kesunggohan mereka untuk menawan semula Negeri Perak pada PRU 14 akan datang ini.

Kesunggohan ini telah dibuktikan melalui kegigihan dan komitmen yang padu ahli-ahli empat parti gabungan tersebut.

Petang Sabtu kelmarin, Pakatan Harapan N43 Dun Sungai Rapat telah melancarkan bilik gerakan mereka bertempat di Taman Lapangan Jaya, Ipoh.

Kehadiran yang memberangsangkan oleh pendukung Pakatan Harapan
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Khalid Samad, Ketua Komunikasi Amanah Pusat. Turut serta, Penyelia Dun Sungai Rapat, DS Nizar, YB Dr Lee Boon Chye, Tuan Haji Mohd Zainuddin bin Mohd Yusof, bekas Exco Negeri Pakatan Rakyat Negeri Perak,  dan lain-lain pimpinan Pakatan Harapan.

DS Nizar dalam ucapannya, begitu nyakin bahawa Pakatan Harapan akan dapat  menawan semula Negeri Perak, malah juga Putra Jaya.

Nizar menyeru ahli-ahli gabungan parti Pakatan Harapan supaya bersatu tenaga dan bekerja keras untuk menumbangkan kerajaan zalim yang ada hari ini.

Beliau menyeru setiap anggota jentera pilihanraya supaya bersiap siaga kerana pilihanraya akan menjelang tidak lama lagi.

 “Pilihanraya barangkali berlaku selepas Tahun Baru Cina; oleh marilah kita pamerkan dan tawarkan diri kita, jangan buang masa untuk bersama melaksanakan segala gerakerja Pakatan Harapan,” ujar Nizar.

 Ahli Parlimen Gopeng, YB Dr Lee Boon Chye menyatakan rasa gembiranya melihatkan sambutan ramai pada majlis tersebut dan menyatakan kenyakinnanya untuk PH memenangi PRU 14 nanti dan menawan Putra Jaya!

 Menurutnya, sokongan rakyat terhadap BN semakin berambah merosot selepas Najib menarik balik berbagai sabsidi keperluan rakyat dan memperkenalkan GST.

Beliau juga menyatakan status kerusi PH di negeri Perak telah dapat diselesaikan setakat ini 90%. Begitu juga di Pusat, hampir sekitar 80-85% hampir diselesaikan.

 Menurutnya, manifesto Pakatan Harapan akan dapat disediakan menjelang 8 Mac akan datang.

Beliau berkata, masih menunggu kelulusan ROS tentang Logo (lambang) Pakatan Harapan. Dateline telah diberikan kepada ROS dan jika tidak diluluskan juga, Pakatan masih tetap ada formula lain sebagai alternatif.

“Mungkin dalam Parlimen Gopeng misalnya, Pakatan Harapan akan gunakan lambang KeAdilan untuk semua calon terlibat. Di Parit, mungkin kita akan gunakan lambang BERSATU dan di Parlimen Bukit Gantang mungkin akan menggunakan lambang AMANAH,” jelas beliau.

DS Nizar, YB Khalid Samad dan Rahim Mohd Noordin
 Pada masa yang sama, Khalid turut merasmikan pelancaran PENTAS KOMUNIKASI, Sembang Santai & Ceramah Negeri Perak.

Pengarah Komunikasi Amanah Perak, Abdul Rahim Mohd Noordin mengucapkan terima kasih kepada semua yg terlibat dalam Siri Jelajah Perakdan Pelancaran PENTAS KOMUNIKASI Negeri Perak.

Sdr Anuar Ibrahim kanan
 Ketua Pakatan Harapan Dun Sungai Rapat Anuar Ibrahim yang banyak memberikan komitmen hingga berjaya mewujudkan Bilik Gerakan Pakatan Harapan di Dun Sungai Rapat ini.

 Beliau kelihatan gembira diatas kerjasama dan dukungan gabungan parti dalam Pakatan Harapan.

"Inilah langkah pertama kita untuk terus mempastikan kejayaan kita dan kesepakatan bersama," ujarnya.

Beliau mengucapakan terima kaseh kepada semua yang telah turut menjayakan majlis tersebut.

Bekas Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Perak, Azhar Yunus telah turut kelihatan bersama dalam majlis tersebut.

DS Nizar menyantuni Azhar Yunus (berjanggut) 
Berikut beberapa gambar yang dapat dirakamkan sewaktu pelancaran majlis tersebut :







Thus Article PELANCARAN BILIK GERAKAN PAKATAN HARAPAN N34 DUN SUNGAI RAPAT

Itulah artikel PELANCARAN BILIK GERAKAN PAKATAN HARAPAN N34 DUN SUNGAI RAPAT Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PELANCARAN BILIK GERAKAN PAKATAN HARAPAN N34 DUN SUNGAI RAPAT dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/pelancaran-bilik-gerakan-pakatan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PELANCARAN BILIK GERAKAN PAKATAN HARAPAN N34 DUN SUNGAI RAPAT"

Post a Comment