Tajuk : Penarikan darjah kebesaran: Ini kata Ku Li satu ketika dulu (pangkat datuk saudara) pun kena tarik
link : Penarikan darjah kebesaran: Ini kata Ku Li satu ketika dulu (pangkat datuk saudara) pun kena tarik
Penarikan darjah kebesaran: Ini kata Ku Li satu ketika dulu (pangkat datuk saudara) pun kena tarik
Ku Li ulas darjah kebesaran ditarik
Tengku Razaleigh Hamzah menjawab pertanyaan wartawan mengenai penarikan darjah kebesarannya oleh Sultan Kelantan di kediamannya, Jalan Langgak Golf, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Noor Asrekuzairey Salim
KUALA LUMPUR 6 Dis. - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, tindakan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V menarik darjah kebesarannya yang dikurniakan oleh Sultan Kelantan terdahulu tidak mendatangkan sebarang masalah kepadanya.
Malah, beliau menganggap apa yang berlaku itu bukan sesuatu yang penting kerana baginya melakukan perbuatan baik selagi hayat masih ada melebihi segala-galanya.
''Sebenarnya soal penarikan darjah kebesaran daripada saya tidak menjadi soal penting. Siapalah saya jika hendak dibandingkan dengan raja negeri yang boleh dibuang. Tambahan pula orang kampung tidak tanya saya pingat apa yang saya pakai, darjah kebesaran mana yang saya guna.
''Kita lahir di dunia ini tanpa ada apa dan begitu juga kita akan dikembalikan tanpa ada apa-apa. Apa yang lebih penting jasa baik atau kelakuan buruk yang kita tinggalkan. Baik atau buruknya nama kita bergantung kepada kedua-dua perkara ini,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di kediamannya di sini hari ini.
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V menarik balik dua darjah kebesaran dengan salah satunya Darjah Kerabat (D.K) yang dikurniakan kepada Tengku Razaleigh.
Dua pingat kebesaran tersebut adalah Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K)(Al-Yunusi) dan tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) Al-Muhammadi I).
Pada sidang akhbar di Istana Balai Besar di sini malam kelmarin, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias, mengumumkan penarikan balik anugerah itu berkuat kuasa 2 Disember lalu.
Darjah Kerabat dikategorikan sebagai pingat tertinggi istana dan dikhaskan kepada keluarga diraja.
Tengku Razaleigh berkata, pemakaian darjah kebesaran juga jarang dilakukan dan sekiranya ada sekali pun hanya melibatkan program-program istana atau majlis-majlis rasmi.
Sementara itu, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang menegaskan, Sultan Ismail Petra merupakan Sultan Kelantan yang sah.
Beliau berpendapat, Sultan Ismail Petra walaupun gering masih mempunyai keupayaan menjalankan tugas-tugas sebagai sultan.
''Sultan Ismail telah dilantik dan ditabalkan mengikut perlembagaan iaitu apabila ayahandanya mangkat. Bagaimanapun cara pelantikan Sultan sekarang tidak pernah berlaku sebelum ini,'' katanya.
Dalam pada itu beliau berkata, berdasarkan pemahamannya iaitu dengan berasaskan perlembagaan sedia ada, pelantikan sultan baru hendaklah disebabkan tiga perkara iaitu sultan terdahulu mangkat, berhenti menjadi sultan atau meninggalkan negeri lebih 12 bulan tanpa sebab.
Sehubungan itu, beliau meminta Majlis Raja-Raja, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri segera menyelesaikan konflik istana yang berlaku di Kelantan kerana pelantikan Tengku Mahkota sebagai Sultan Kelantan didapati bertentangan dengan lunas-lunas perlembagaan. - Utusan Online

Thus Article Penarikan darjah kebesaran: Ini kata Ku Li satu ketika dulu (pangkat datuk saudara) pun kena tarik
Itulah artikel Penarikan darjah kebesaran: Ini kata Ku Li satu ketika dulu (pangkat datuk saudara) pun kena tarik Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Penarikan darjah kebesaran: Ini kata Ku Li satu ketika dulu (pangkat datuk saudara) pun kena tarik dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/penarikan-darjah-kebesaran-ini-kata-ku.html
0 Response to "Penarikan darjah kebesaran: Ini kata Ku Li satu ketika dulu (pangkat datuk saudara) pun kena tarik"
Post a Comment