Perbalahan PH Selangor: PKR tak yakin pada Amanah, Bersatu?

Perbalahan PH Selangor: PKR tak yakin pada Amanah, Bersatu? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Perbalahan PH Selangor: PKR tak yakin pada Amanah, Bersatu?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Perbalahan PH Selangor: PKR tak yakin pada Amanah, Bersatu?
link : Perbalahan PH Selangor: PKR tak yakin pada Amanah, Bersatu?

Baca juga


Perbalahan PH Selangor: PKR tak yakin pada Amanah, Bersatu?

Pakatan Selangor berbalah kerana PKR tak yakin pada Amanah, Bersatu
Zulkifli Sulong · Diterbitkan pada 4 Feb 2018 7:00AM
Penganalisis politik, Mohamad Hisomuddin Bakar berkata, PKR menunjukkan sikap tidak yakin itu apabila mendapati Amanah dan Bersatu tidak cukup menonjol untuk menggantikan PAS. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 4 Februari, 2018

PEMERHATI melihat, pergeseran dalam Pakatan Harapan (PH) di Selangor berlaku disebabkan PKR yang dipimpin menteri besar Mohamed Azmin Ali tidak yakin pada Amanah dan Bersatu dalam membantu mengekalkan kerajaan negeri.

Penganalisis politik, Mohamad Hisomuddin Bakar berkata, PKR menunjukkan sikap tidak yakin itu apabila mendapati Amanah dan Bersatu tidak cukup menonjol untuk menggantikan PAS.

"Apabila kajian visibility (ketampakan) dibuat di bawah, mereka mendapati kehadiran Amanah dan Bersatu gagal untuk menggantikan PAS di peringkat akar umbi.

"Jadi mereka membuat roadmap sendiri dalam usaha untuk mengekalkan kerajaan Selangor iaitu PKR bertanding lebih 30 kerusi," kata pengerusi eksekutif badan kajian bebas, Ilham Centre itu.

Menurut "roadmap" itu, PKR mensasarkan untuk bertanding di 20 kerusi yang ditandinginya dalam PRU13 lalu ditambah dengan 10 lagi kerusi yang dimenangi oleh PAS sekarang.

"Bagi saya inilah punca pertembungan antara PKR dengan Amanah, Bersatu dan DAP di Selangor sekarang," kata Hisomuddin.

Beliau mengakui, kelemahan utama Amanah sekarang adalah gagal memaparkan pemimpin akar umbi mereka kepada umum.

"Bagi saya ini antara kelemahan Amanah. Padahal mereka tidak kurang hebatnya tetapi tidak kelihatan di bawah apabila kajian dibuat kerana masalah dalaman mereka sendiri," katanya.

Kajian yang dibuat oleh Dr Mazlan Ali dari UTM sebelum ini mendapati, ramai penyokong Amanah kekal sebagai ahli PAS kerana tidak mahu menyusahkan diri mereka dengan meninggalkan parti itu.

Ketika 35% ahli PAS sudah meninggalkan parti itu, 10% daripada ahli PAS yang ada adalah pro-Amanah atau digelar "harumanis" manakala 20% lagi adalah golongan yang keliru dengan hala tuju PAS.

Kajian itu mendapati, sebahagian besar golongan ini akan mengundi PH khasnya Amanah dalam pilihan raya umum akan datang.
Kepimpinan PKR Selangor seolah-olah tidak yakin dengan Amanah dan Bersatu dalam membantu untuk mengekalkan kerajaan negeri itu.– Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Februari, 2018

Jangan pesimis

Bagi Hisomuddin, PKR tidak boleh bersikap pesimis terhadap rakan-rakannya khasnya Amanah dan Bersatu kerana kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri.

"Amanah mempunyai rangkaian jentera pilihan raya yang baik kerana sebahagian besar penggerak profesional PAS sebelum ini menyertai Amanah.

"Bersatu pula mempunyai Dr Mahathir yang terbukti membawa lonjakan pengundi Melayu luar bandar dan Felda kepada PH sebagaimana hasil kajian Institut Darul Ehsan (IDE) sendiri," katanya, merujuk kepada satu laporan The Malaysian Insight.

Menurut Hisomuddin, PKR juga tidak boleh melihat pilihan raya nanti sebagai pertandingan antara parti ini secara individu dengan BN, sebaliknya harus melihatnya sebagai pertandingan antara PH dengan BN.

"Memanglah PKR ketara kuat di Selangor, sebab itu pemimpin PKR menjadi pengerusi PH di Selangor tetapi setiap parti ada sumbangan untuk membantu PH menang dalam PRU 14 nanti.

"Jadi PKR kena lihat PH dalam satu pasukan lawan BN, bukan Amanah atau Bersatu lawan BN untuk menentukan siapa yang menang," katanya menolak hujah PH akan kalah jika kerusi diberikan kepada Amanah atau Bersatu.

Tuduhan tidak adil

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah Selangor, Jamzuri Ardani dalam kenyataannya berkata, isu asal pertelingkahan di Selangor adalah sekadar persoalan status penubuhan "Jawatankuasa Rundingan Kerusi DUN Pakatan Harapan Selangor".

"(Soalan diajukan) dengan niat murni agar perkara ini diselesaikan segera melalui proses rundingan yang jelas dan teratur," kata Jamzuri dalam kenyataannya.

Katanya, terdapat kekeliruan berkenaan siapa sebenarnya yang diberi mandat untuk membuat rundingan kerusi di Selangor. 

"Rata-rata berfahaman bahawa peranan Biro Pilihan Raya hanyalah dalam menguruskan persiapan pilihan raya PH. Justeru, perkara ini dibangkitkan, bukan sahaja di dalam mesyuarat tetapi juga secara surat bertulis kepada pengerusi PH," katanya.

Katanya, sejak awal Biro Pilihan Raya bermesyuarat, persoalan mandat ini dibangkitkan dan tiada jawapan yang jelas.

"Jadi kalau 10 kali mesyuarat sekali pun, tiada ertinya sekiranya persoalan asas ini tidak diputuskan dengan jelas," katanya.

Jamzuri juga menjelaskan, beliau dimaklumkan oleh Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim yang pemimpin partinya itu tidak pernah mempertikaikan kelayakan MB Selangor sekarang.

Sebaliknya, Izham hanya menegur keberkesanan pengerusi PH Selangor dalam menangani isu-isu semasa berhubung peranan PH termasuk isu pengagihan kerusi DUN, katanya.

Izham juga tidak menggelarkan mana-mana individu sebagai "joker" atau badut seperti yang dilaporkan portal Malaysia Dateline, kata Jamzuri.

Jelasnya, Izham hanya menyatakan situasi pada waktu itu sebagai keadaan yang lawak kerana rakan dalam komponen PH tidak tahu menahu mengenai mesyuarat agihan kerusi yang disebut.

"Apa yang beliau sebutkan ialah adalah lawak apabila disebut mesyuarat agihan kerusi sudah berlangsung empat kali dan sudah 80% pembahagian kerusi selesai sedangkan rakan-rakan komponen PH tidak tahu menahu. Perkataan 'lawak' ini ditafsirkan sebagai 'joker' atau 'badut', katanya. – 4 Februari, 2018


Thus Article Perbalahan PH Selangor: PKR tak yakin pada Amanah, Bersatu?

Itulah artikel Perbalahan PH Selangor: PKR tak yakin pada Amanah, Bersatu? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Perbalahan PH Selangor: PKR tak yakin pada Amanah, Bersatu? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/perbalahan-ph-selangor-pkr-tak-yakin.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Perbalahan PH Selangor: PKR tak yakin pada Amanah, Bersatu?"

Post a Comment