Tajuk : [Video Dr M: Siasat Kerugian BNM & KECURIAN ZAMAN NAJIB] Rehat sekejap! Perjuangan tetap akan diteruskan & Waima BERSATU dibatalkan sekalipun, NajibUmnoBN tetap TERSUNGKUR!
link : [Video Dr M: Siasat Kerugian BNM & KECURIAN ZAMAN NAJIB] Rehat sekejap! Perjuangan tetap akan diteruskan & Waima BERSATU dibatalkan sekalipun, NajibUmnoBN tetap TERSUNGKUR!
[Video Dr M: Siasat Kerugian BNM & KECURIAN ZAMAN NAJIB] Rehat sekejap! Perjuangan tetap akan diteruskan & Waima BERSATU dibatalkan sekalipun, NajibUmnoBN tetap TERSUNGKUR!
Sabtu, 10 Februari 2018Tumpang sekole.
WAIMA BERSATU DIBATALKAN SEKALI PUN, NAJIB/UMNO/BN TETAP AKAN TUMBANG....
Kebelakangan ini jelas dapat dilihat serangan berkaitan pendaftaran atau kecenderungan ke arah menarik balik kelulusan Bersatu begitu hebat dilakukan di sana sini.
Tidak cukup dengan pelbagai pihak membuat laporan kepada ROS, mengadakan sidang akhbar di merata negeri bagi memenuhi slot berita televisyen dan akhbar arus perdana yang semakin tidak mendapat tempat di hati rakyat, Najib Razak sendiri dalam ucapannya di Pagoh semalam turut menyentuh perkara yang sama.
Kelakar pula apabila Najib mengatakan bagaimana Bersatu mahu mentadbir negara, tetapi perlembagaan parti sendiri tidak dipatuhi. Semua ini ternampak ke arah mahukan Bersatu diambil tindakan atau segera diharamkan.
Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri pula telah mengarahkan ROS agar menyegerakan siasatan terhadap laporan-laporan yang diterima berkaitan Bersatu.
Kenapa mereka yang menyokong Najib dan UMNO serta inginkan BN terus berkuasa begitu terdesak sehingga mahukan Bersatu diambil tindakan atau dibatalkan pendaftarannya oleh ROS?
Apakah dengan batalkan pendaftaran Bersatu, BN akan menang mudah PRU 14 akan datang?
Apakah jika Bersatu diharamkan, ahli dan penyokong Bersatu serta mereka yang inginkan perubahan dalam negara ini akan kembali mengundi BN?
Apakah dengan batalnya pendaftaran Bersatu, mereka tiada pilihan lain?
Apakah dengan batalnya Bersatu, Pakatan Harapan tidak mampu menang PRU 14 dan Tun Mahathir Mohamad tidak berupaya untuk kembali sebagai Perdana Menteri?
Sebelum macai-macai Najib, terutamanya daripada bekas pemimpin Bersatu terus ghairah dan berasa kononnya mereka hebat dengan mengadakan sidang media tidak henti-henti menuntut ROS mengambil tindakan, fikirkan baik-baik sama ada apa yang mereka lakukan itu bermanfaat atau kerja sia-sia?
Harus disedari bahawa penolakan rakyat terhadap UMNO dan BN ialah kerana salah laku dan perangai Najib sebagai Perdana Menteri, bukan kerana adanya Bersatu atau tidak.
Bersatu hanyalah "vehicle" atau kenderaan bagi mencapai cita-cita perubahan sebelum negara menjadi hancur dan bankrap akibat pemerintahan Najib sebagaimana yang didakwa oleh Tun Mahathir sebagai lebih teruk daripada Marcos di Filipina dahulu.
Tun Mahathir sendiri sedia mengorbankan masa bersaranya semata-mata untuk memenuhi tuntutan rakyat yang menaruh harapan tinggi kepadanya dalam melakukan perubahan.
Memang Bersatu menerima sokongan yang baik daripada rakyat dan melalui pengaruh Tun Mahathir, beliau berupaya mencetuskan tsunami perubahan ke arah menumbangkan Najib, UMNO dan BN.
Tetapi, sokongan itu terus memuncak kerana kebencian dan rasa meluat kepada Najib serta tidak sanggup lagi melihat beliau terus berkuasa dalam negara ini. Itulah hakikatnya.
Pakatan Harapan dengan diketuai oleh Tun Mahathir dilihat alternatif terbaik bagi menggantikan BN. Ramuannya dianggap cukup dan didalamnya penuh dengan pemimpin yang berwibawa, berkaliber dan sanggup berkorban untuk masa depan negara.
Tetapi, jika Bersatu dibatalkan pendaftarannya sekali pun, Pakatan Harapan tetap wujud dengan adanya PKR, DAP serta Amanah dalam gabungan itu. Mereka masih ada pilihan meneruskan perjuangan melalui tiga parti tersebut, malah jika pengharaman Bersatu melimpahkan rasa simpati, BN akan akan lebih parah lagi dihukum oleh rakyat.
Tentulah tidak mungkin dengan Bersatu diharamkan, ahli-ahlinya akan berduyun-duyun kembali kepada UMNO. Kemarahan mereka akibat tindakan ROS yang dianggap alat kepada UMNO dan BN itu sebaliknya akan menjadikan UMNO semakin lemah dijauhi oleh rakyat.
Punca segala masalah dalam negara ini ialah Najib yang bersamanya ada Rosmah Mansor, Jho Low, Riza Aziz, 1MDB, NFC, Felda dan macam-macam mala petaka yang lain.
Untuk itu, jika macai-macai dan bekas pemimpin Bersatu benar-benarkan inginkan UMNO dan BN terus berkuasa dan dalam masa yang sama membuktikan mereka tidak dibayar oleh Najib atau konco-konconya, tindakan paling munasabah untuk mereka lajukan ialah menuntut Perdana Menteri segera berundur dan meletak jawatan.
Sebaliknya, dengan mereka terus-menerus menuntut Bersatu diambil tindakan atau dibatalkan pendaftarannya, ia lebih meniupkan arus perubahan di kalangan rakyat dan seolah-olah mereka turut menyumbang kepada jatuhnya Najib untuk digantikan dengan Tun Mahathir selepas PRU 14 akan datang. (ShahbudinHusin 10/02/2018)
Thus Article [Video Dr M: Siasat Kerugian BNM & KECURIAN ZAMAN NAJIB] Rehat sekejap! Perjuangan tetap akan diteruskan & Waima BERSATU dibatalkan sekalipun, NajibUmnoBN tetap TERSUNGKUR!
Itulah artikel [Video Dr M: Siasat Kerugian BNM & KECURIAN ZAMAN NAJIB] Rehat sekejap! Perjuangan tetap akan diteruskan & Waima BERSATU dibatalkan sekalipun, NajibUmnoBN tetap TERSUNGKUR! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel [Video Dr M: Siasat Kerugian BNM & KECURIAN ZAMAN NAJIB] Rehat sekejap! Perjuangan tetap akan diteruskan & Waima BERSATU dibatalkan sekalipun, NajibUmnoBN tetap TERSUNGKUR! dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/video-dr-m-siasat-kerugian-bnm-kecurian.html
0 Response to "[Video Dr M: Siasat Kerugian BNM & KECURIAN ZAMAN NAJIB] Rehat sekejap! Perjuangan tetap akan diteruskan & Waima BERSATU dibatalkan sekalipun, NajibUmnoBN tetap TERSUNGKUR!"
Post a Comment