[Video Hantar Najib & Rosma ke 'Hotel Sg Buloh'] Mukhriz sahkan bertanding di Kedah.

[Video Hantar Najib & Rosma ke 'Hotel Sg Buloh'] Mukhriz sahkan bertanding di Kedah. - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [Video Hantar Najib & Rosma ke 'Hotel Sg Buloh'] Mukhriz sahkan bertanding di Kedah., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [Video Hantar Najib & Rosma ke 'Hotel Sg Buloh'] Mukhriz sahkan bertanding di Kedah.
link : [Video Hantar Najib & Rosma ke 'Hotel Sg Buloh'] Mukhriz sahkan bertanding di Kedah.

Baca juga


[Video Hantar Najib & Rosma ke 'Hotel Sg Buloh'] Mukhriz sahkan bertanding di Kedah.

Sabtu, 10 Februari 2018

Image result for Gambar Mukhriz mahathir

Mukhriz sahkan bertanding di Kedah

ALOR SETAR - Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesahkan akan bertanding di Kedah pada PRU14, sekaligus menepis ura-ura mengatakan beliau bakal bertanding di Selangor.
Bagaimanapun, Mukhriz yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Kedah tidak menolak kemungkinan bertanding di dua kerusi, Dun dan Parlimen serentak, namun enggan dedahkan kawasan yang akan ditandinginya.

“Apa yang diuarkan termasuk laporan sebuah media perdana baru-baru ini, saya andaikan ‘mabuk ketum’ kut. Tiada sebab saya nak bertanding di negeri lain selain Kedah. Saya bukan bertapak di Selangor sebagai orang politik, jadi tak masuk akal dakwaan itu,” katanya.

Menurut Adun Ayer Hitam itu, beliau tidak sedikit pun berasa gusar atau bimbang kalah jika memilih kerusi di Kedah.

“Gerenti Kedah! Kerusi mana kenalah tunggu dan lihat,” katanya berseloroh.

Mengulas ramalan banyak pihak yang mahu beliau bertanding kerusi Parlimen bersesuaian dengan kedudukan dalam parti selain layak diberikan jawatan menteri kabinet, katanya, masih dalam pertimbangan.

“Ada juga cadangan mahu saya bertanding peringkat Dun, saya rasa cadangan itu boleh dipertimbangkan,” katanya.

Mukhriz turut menepis dakwaan kononnya beliau tidak yakin menang di kerusi disandangnya dan memilih Selangor sebagai jalan selamat.

“Pandangan orang tertentu sahaja, atas ketakutan itu kononnya diuarkan saya nak bertanding di Selangor. Ia tak benar sama sekali,” katanya.


Menurutnya, ia sekadar mainan psikologi politik sedangkan dapatan kajian menunjukkan positif.

“Sokongan terhadap Pakatan Harapan melonjak di Kedah, atas beberapa sebab antaranya setelah Tun Dr Mahathir Mohamad dicalonkan sebagai Perdana Menteri Harapan yang juga anak jati Kedah. Dua daripada tiga kawasan Parlimen yang sedang dipertimbangkan Tun untuk bertanding adalah di Kedah, ia umpama suntikan semangat kepada rakyat Kedah,” katanya.

Tambahnya, pasti rakyat Kedah mahu mengambil peluang ini untuk mengembalikan kegemilngan Kedah dalam arena politik tanahair. 

“Ketika saya tadbir Kedah, saya tak pernah timbulkan masalah pada rakyat Kedah. Saya percaya peluang untuk menang di Kedah sangat cerah,” katanya.

Sebelum ini, beberapa kajian menunjukkan Kedah bakal ditawan Pakatan Harapan, manakala Pas juga mahukan Kedah susulan memiliki majoriti pengundi Melayu.

“BN juga sudah mula mainkan kempen politik, dan turut bagi tumpuan pada Kedah terutama di Jerlun dan Langkawi. Malah kawasan berkenaan seolah ditabur peruntukan luar biasa, apa sahaja diperlukan pengundi, mereka bagi. Kita tengok sahaja taktik seperti itu berkesan atau sebaliknya,” katanya.

KedahLanie.


Thus Article [Video Hantar Najib & Rosma ke 'Hotel Sg Buloh'] Mukhriz sahkan bertanding di Kedah.

Itulah artikel [Video Hantar Najib & Rosma ke 'Hotel Sg Buloh'] Mukhriz sahkan bertanding di Kedah. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [Video Hantar Najib & Rosma ke 'Hotel Sg Buloh'] Mukhriz sahkan bertanding di Kedah. dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/video-hantar-najib-rosma-ke-hotel-sg.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video Hantar Najib & Rosma ke 'Hotel Sg Buloh'] Mukhriz sahkan bertanding di Kedah."

Post a Comment